RSS

Category Archives: Cerita Hati

Dia tetap di situ…

where am i right now? where are u too?

Bismillahirrahmaanirrahiim

Hari ini

Hari untuk saya menghitung-hitung hari yang berbaki
menghisab amalan
melihat masa lalu
merancang masa depan

Kerana hari itulah seorang ibu bersabung nyawa selepas 9bulan setengah menanggung segala komplikasi membawa satu nyawa di dalam rahimnya
dan  hari itu juga Allah membenarkan nyawa yang telah ditiupkan roh ke atasnya untuk keluar melihat dunia.

Seharusnya pada hari ini saya berterima kasih sebanyak-banyaknya kepada ibu saya. Kalau bukan kerana dia yang menanggung keperitan, menempuh kesulitan, maka tiadalah saya hari ini.

Dan seharusnya juga saya bersyukur seinfiniti syukur kepada Yang Maha Pencipta, kerana Dialah yang mentakdirkan saya dapat hidup di dunia ini, menghirup udara bersih di mana saya berada sekarang.

Sudah 21 tahun berlalu
Apa yang sudah saya buat?
Sudah cukup hambakah saya?
Sudah cukup anakkah saya ?
Sudah cukup pelajarkah saya?
Sudah cukup sahabatkah saya?

Seorang teman pernah berkata

” Makin lama kita hidup ni, makin banyak hak Allah yang perlu kita tunaikan”

Apa maksudnya tu?

” Kearna makin bertambah usia kita, makin lama kita hidup, lebih banyak nikmat yang kita kecapi. maka, banyaklah nikmat yang perlu kita syukuri, banyaklah ibadah yang perlu kita tingkatkan “

Ya, sangat setuju dengan kata-kata di atas.

Biarlah kali ini saya tujukan post ini untuk ibu saya. Sebenarnya tiada ayat yang mampu menggambarkan ibu itu. Walaupun dia bukanlah ibu yang terhebat di dunia, namun biarlah saya katakan dia antara ibu-ibu yang terhebat. Setiap kali saya telefon, jarang saya dapat bersembang lama seperti orang-orang lain. Kerana setiap kali itulah, dia sedang memandu untuk membantu manusia-manusia lain memahami erti islam sebenar, acap kali waktu saya call memang waktu itu dia sedang memandu, sehinggakan pernah sekali dia suruh saya stop perbualan kerana mahu tukar gear 😦 . Sewaktu ibu-ibu lain sibuk berfb, waktu itulah dia bermesyuarat, waktu ibu-ibu lain sibuk mencuba resepi-resepi baru, waktu itulah dia sedang berbincang untuk masa depan anak-anak harapan, dan saya terpaksa menghentikan perbualan telefon.

la ridhaaillahi illa fi ridhaail waaliadaiini

Waktu ibu-ibu lain tidak membenarkan anak perempuannnya keluar rumah, namun anak perempuannya itu dibenarkan berkelana walaupun berseorangan dari timur hingga ke utara malaysia. Kerana dia tahu ke mana anaknya itu keluar.  Dan dia serahkan anaknya itu kepada Allah kerana dia yakin bahawa Allahlah yang akan menjaganya, memelihara keselamatannya.

Sungguh saya masih ingat waktu itu, epidemik H1N1, dia tetap membenarkan saya keluar tetapi diarahkan anaknya ini memakai ‘mask’. By hook or by crook, sebelum naik bas, dari satu farmasi ke satu farmasi mask dicari, banyak yang dah habis stok, akhirnya alhamdulillah ada jugak mask di farmasi seterusnya 🙂 . Beli jugaklah walaupun mahal.

Satu ketika, saat melihat ibu berehat selepas kepenatan, saya berkata kepada diri sendiri “Adakah aku juga begini nanti? “. Saya tahu dia penat, saya tahu dia juga tahu. Tapi ibu tetap melaksanakan amanah Allah, dalam kepenatan, dalam kelesuan. Selagi tenaga masih bersisa, selagi waktu masih ada :(. Aku bersaksi ya Allah, dia terus menerus berkerja untukMu :(.

Sesungguhnya apabila kamu sangat-sangat mengasihi ibu bapamu kerana sayangnya mereka kepadamu, ketahuilah bahawa kasih sayang mereka itu adalah percikan daripada kasih sayang Allah. Maka sayanglah kamu kepada Allah lebih daripada kamu sayangkan ibu bapamu. Kalau susah sangat nak rasa sayang pada Allah, ingatlah kasih sayang ibu bapamu itu, dan ketahuilah kasih sayang Allah adalah lebih besar bahkan lebih besar dan lebih luas daripada kasih sayang mereka.

Dia tetap di situ, meneruskan kerja-kerja yang mulia itu. Namun sudahkah saya bersungguh-sungguh sepertinya? 😦 Rabbi yassir wala tu’assir. Moga Allah limpahi seluruh rahmatnya dan kasih sayangnya kepadamu. Amin

Nota 1 : Menangis baca cerita ibu hebat ini. Di sini. Moga kalian mendapat manfaat.

 
Leave a comment

Posted by on June 16, 2011 in Cerita Hati, Erti Kehidupan

 

Kerana Aku Tahu Syurga Itu Mahal

hidupkan nyawa HATI itu di sini

sungguh tersentuh dengan kata-kata si Rumaisa’

Because in these rough n tough times, we need them most..
to their shoulders you must cry,
to them you must pour your miserable hearts,
to them you must put you faith and trust in..
insyaAllah, you’ll find the most cherished moments with them and you’ll find it as an inspiration to be a better person day by day..

and i must highlight this, YOU will REGRET it for your whole life if you’re trying to run away..

Kerana aku tahu harga SYURGA itu terlalu MAHAL

Nota 1 : Takziah kepada ibu Yoyoh Yusrah. Dia benar-benar perempuan pilihan. Anak yg hebat lahir dari ibu yang hebat. So, sila jadi ibu hebat kalau mahu anak yang hebat.

 
Leave a comment

Posted by on May 27, 2011 in Cerita Hati, Tazkiyatun Nafs

 

Perasaan itu

Assalamualaikum warahmatullah

Dengan nama Allah  saya mulakan

Apa khabar kalian? Apa khabar hati-hati kalian? Masih berfungsikah? Masih sensitifkah?
Moga hati-hati itu masih sensitif bahkan bertambah sensitif dengan teguran daripada NYA.

expressionless

Bila difikir-fikirkan, bila di muhasabah, ada sampai satu ketika rasanya diri ini hidup tanpa sebarang perasaan. Hanya membiarkan diri dibawa arus rutin hidup.

Orang bangun pagi, kita pun bangun,
azan berkumandang, kita pun solat
orang pergi kuliah, kita pun pergi,
ada dateline buat assignment, siapkan saja,
kalau nak exam, study study study,
tiba giliran masak, masak..

Namun, sebenarnya hidup itu perlu dilalui dengan perasaan. Perasaan kehambaan kepada TUHAN. Perasaan kekerdilan kepada Tuhan, perasaan berdosa kepada Tuhan. Perasaan CINTA kepada sahabat, perasaan CINTA kepada yg melahirkan kita [IBU], perasaan CINTA kepada yg menjaga mendidik kita dari kecil [abah]Perasaan CINTA kepada Rasulullah swt yg sangat sangat sangat mencintai kita, mencintai kita yg baru sedikit cuba melaksanakan amanah baginda.

“ Wahai saudaraku yang budiman, kehidupan yang fana ini harus dilalui dengan ruh dan perasaan. Tanpanya ia akan dilalui tanpa kekuatan dan kedalaman keazaman yang membulat. Anta tahu, kehidupan ini harus dilalui dengan sesuatu yang akan menguatkannya sehingga ia akan mengakar hati antum untuk terus meneguh dan cekal walaupun dipukul badai yang dahsyat.”


Manusia hidup dengan jiwa dan perasaan.

Sesungguhnya perasaan itu tak mampu diungkapkan dengan kata-kata

Alhamdulillah, itu sedikit rasa hati pada hari ini dan sedikit muhasabah setelah menyedari hari-hari lepas dilalui dengan tanpa perasaan.

Maka,
solatlah dengan penuh perasaan,
bacalah Al-Quran dengan perasaan itu,
hiduplah dengan berperasaan,
lihatlah manusia-manusia sekeliling dengan penuh perasaan kasih sayang mahu sama-sama ke syurga, dan seterusnya lukakanlah jahiliyyah yang mencengkam, biarpun sedikit demi sedikit, seguris demi seguris.

The Foundation of  HAPPINESS is MAHABBATULLAH

Nota 1 : Jika hatimu sudah usang, dirasakan hati itu sudah tidak berfungsi, mintalah dari Allah dikurniakan hati yang baru

Bila jumpa cikgu, cikgu cakap Kullu ‘Aaamun wa entum bikhaiir. Sekarang sudah jamadul thaani. Then followed by rajaan, syaaban and Ramadhan
Allahumma ballighnaa Ramadhaan

 
Leave a comment

Posted by on May 19, 2011 in Cerita Hati, Erti Kehidupan

 

tapi kamu. kamu.

bukan hanya doa dan al-faatihah yang perlu kau hulurkan. tapi kamu. kamu. HIDUPlah dengan sebenar-benar hidup insan

” Wahai jiwa-jiwa yang tenang dan tenteram kembalilah kepada Tuhanmu dalam keadaan redha dan diredhai. Masuklah ke dalam golongan hambaku ( yang soleh ). Dan masuklah ke dalam syurgaku”.
( Surah Al-Fajr : Ayat 27-30 )

nota 1 : kronologi hari kejadian di sini

nota 2 : perkongsian rasa seorang lagi teman di sini

 
Leave a comment

Posted by on January 22, 2011 in Cerita Hati, Erti Kehidupan

 

Salam Terakhir

I

saya : iman. jom pegi library

dia    : ala, tak bawa buku patho lah

saya  : huhu, ok

dia     : mananya syamila, bookmark tu?

saya  : mana? bukan dah bagi ke? -sambil membelek-belek bookmarks yang lain. ya, saya belum bagi lagi- nah!

dia    : terima kasih. -tersenyum dan senyuman itu adalah yang terakhir-

satu hadiah. yang terakhir sempat saya beri. terakhir dalam kehidupannya. terakhir dalam hidup saya bersama dia.

saya  : iman, takpelah pegi dulu ye

bicara terakhir antara kami. dan dia telah pergi. tiada lagi bicara antara  kami selepas itu.

II

pulang dari kuliyyah bersama teman yang akan ke sinai.

nur    : kenapa ruang nombor telefon iman tu kosong?

saya : iman ke? 0119162459

meluncur laju digit-digit itu keluar dari bibir. (seronoknya kamu akan ke sinai).

III

balik kelas malam

kak … : takpelah saya tak bagi lagi hadiah kat adik-adik sc. iman dah bagi. tunggu exam lainlah.

semua di atas berlaku semalam. dan pagi hari ini dapat berita, Allah sudah ambil nyawa dia. terkejut. semua kenangan bersama dia laju melintas di fikiran.

Di hospital mereka bertanya : iman anak ke berapa daripada berapa? saya cuma mampu beritahu dia adalah anak ke-2. daripada 7 atau 8 saya tak pasti. sungguh.. saya belum habis lagi ta’aruf dengan arwah…

Dan dia tak sempat ke sinai.

Dia sahabat, soulmate, teman study group, teman serumah selama setahun, teman pergi library, teman pendengar masalah. satu group. satu section. teman kehidupan saya.

Ya, kematian. He knows that’s your weakest point, then He test you with that.

dan sebelum itu, baru sahaja saya memikir-mikirkan tentang kematian diri sendiri. rupa-rupanya dia dahulu yang Allah mahu.

aku cemburu denganmu apabila Allah tarik nyawamu

– sewaktu berpuasa – sunat isnin
– sewaktu berjuang menuntut ilmu, dalam fatrah exam
– dalam redha ahli beit mereka – teman serumah yg kuat, insyaAllah
– ayah yg sangat redha “takpelah tanam di kaherah, nanti jumpa di syurga insyaAllah” – apabila ayahnya ditanya mahu bawa balik arwah ke tanah air atau dikebumikan di sini
– hari itu adalah ulangtahun hari lahir ayah arwah

nota  1  : pohon kepada semua mendoakan keluarga dan ahli-ahli beitnya. amirah, amalina dan iylia. Allah, bantu mereka ya Allah…  ada lagi 7 kertas yang bakal ditempuh dalam final exam semester ini.

nota 2 : it is still flowing. tolong berhenti. dan saya mahu fokus. mereka kata “kita yang hidup perlu teruskan”. esok subjek pathology. mesti arwah mahu kita study kan??

nota 3 : apabila mereka bertanya sebab. dan jawapannya kerana carbon monoxide poisoning. kemdian ada yang berkata memang dah ajalnya kan. itu Allah letak hanya sebagai asbab

nota 4 : kejadian dan sebab boleh klik sini.

nota 5 : esok, kerusi dan meja 08-1-165 itu akan kosong. .

nota 6 :  terimbas kisah arwah ammar zulkifli

 

Allahhummaghfirlaha warhamha wa’aafiha wa’fu ‘anhaa..

 

– sudah selesai urusannya. kita?



 
24 Comments

Posted by on January 17, 2011 in Cerita Hati, Erti Kehidupan

 

Be Grateful

 

be humble

Selalunya apabila kita melakukan sesuatu memang kita harapkan hasilnya kan? Apabila kita memberi, sejuk hati mendengar “terima kasih”. Apabila kita berzikir, apabila kita berpuasa sunat, membaca al-Ma’thuurat dan macam-macam jenis lagi ibadah khusus ataupun umum, pasti kita mengharapkan fadhilat, pasti kita harapkan balasan baik daripada apa yang kita kerjakan. Apabila kita study sungguh-sungguh, pasti kita mahukan kejayaan yang paling cemerlang, betul kan?

Apabila semua yang kita impikan sebelum melakukan sesuatu itu, Allah takdirkan tak jadi kenyataan. Apabila semua yang kita harap-harapkan itu memang tak menjadi kepunyaan kita, apa perasaan? No words to say, everyone knows the answer.

Hanya satu konklusi yang dapat saya simpulkan, siapa yang tentukan takdir kita? siapa yang beri natijah kepada kita? Itu semua milik Allah, sudah tercatat dalam Luh Mahfuz bahawa itulah yang akan terjadi, itulah ketentuan hidup kita.

Kita hamba, Dia tuhan. Kita sembah, Dia balas. Kita mintak, terpulanglah Dia mahu beri atau tak. Sebab apa? Sebab Dia itu  Tuhan, bukan kita Tuhan nak tentukan takdir-takdir kita. Bukan Dia yang akan ikut arahan kita, ikut permintaan kita.

Orang akan tanya, dah tu kenapa penat-penat buat kerja ni? Kenapa penat-penat puasa sunat? Jawapannya kerana aku mahu bersyukur, full stop. Aku mungkin lupa bersyukur dengan lisan, maka bekerjalah dengan rasa bersyukur. Tanda terima kasih kita kepada Tuhan yang kita selalu lupa, walaupun Tuhan tak pernah lupakan kita.

Namun tidak langsung saya nafikan firman Allah dalam surah An-Najm ayat 39

Dan bahwasanya seorang manusia tiada memperoleh selain apa yang Telah diusahakannya

Bekerjalah walaupun hasilnya tidak semaksimum yang kau impi-impikan. Berehat  tidak sama dengan berhenti.

Need to stop. Places to go,works to do, things to be solved.

Nota  1 : Kepada penduduk Iskandariah, sila berhati-hati di musim angin kuat ni. Sudah ada yang terkorban. Nak tau klik sini.  Apakah ini bala’ atau …

Nota 2 : Guruh di sini, tengkujuh di sana. Moga aman semuanya

Nota 3 : Dah hijrah ke belum?

Nota 4 : Terima kasih atas doa-doa itu, tapi butuhin nya lagi. Jom jangan putus doa. Sama-sama doa yuk!

Nota 5 : Siapa kau? Jom cari diri

Nota 6 : Jauhilah apa-apa jenis zina sekalipun. Tips atasi zina hati. Dan ini yang paling penting : Nota  tarbiyah..

 
2 Comments

Posted by on December 12, 2010 in Cerita Hati, sharing is caring

 

Tak Mahu Anak-anak Menjadi Anak Yatim

“Bukanlah anak yatim itu anak yang tidak beribu atau berbapa tetapi anak yatim itu ialah anak yang ibubapanya terlalu sibuk”

Ya itulah sebahagian dari kata-kata penyair yang saya tidak ingat sepenuhnya tetapi sekadar itupun sudah cukup untuk menggambarkan pada kita betapa ramainya anak-anak yang membesar dalam keadaan ‘yatim’ hari ini.

Saya selalu mengendalikan program-program untuk ‘pelajar berisiko’. kadang-kadang saya tanyakan pada guru sekolah yang terlibat “Mana pelajar yang paling bermasalah?”. Apabila berkesempatan saya cuba duduk disebelahnya untuk tanya serba sedikit latarbelakangnya.
“Ayah kerja apa?”,
“Ayah berniaga”.
“Ayah sibukke?”
“Sibuk.”,
“Selalu ke jumpa ayah?”
“Jarang-jarang jumpa”

Itulah sedikit gambaran jawapan yang biasa saya terima. Kebanyakan pelajar memiliki background yang sama; ayah sibuk. ibu sibuk…mungkin kerjaya ibubapa mereka berbeza tetapi hakikatnya kedua ibubapa mereka memang sibuk.

Dua hari lepas saya berbual dengan anak jiran yang hampir setiap hari datang kerumah saya (umurnya sebaya anak sulung saya, 9 tahun). Biasanya balik sekolah saja dia akan terus kerumah saya, maghrib balik sekejap kemudian datang semula lepas maghrib untuk mengaji al Quran dan biasanya balik dekat-dekat pukul 10…itupun bila disuruh balik.

“Amin! (bukan nama sebenar) Boleh pakcik sembang-sembang sikit?
Dia mengangguk senyum.
“Ayah Amin kerja kat mana?”
“kerja kat syarikat XYZ”
“Biasa ayah balik pukul berapa?”
“sekarang ni, hari-hari ayah balik pukul satu”
“Satu tengahari? (Saya agak terkejut, ye la kerja apa sekerat hari sahaja)
“Bukan, satu pagi”
“Hari-hari ke?”
“Ya hari-hari”
“Mak Amin kerja jugak ke?”
“Mak kerja kat kedai komputer”
“Kedai komputer sendiri ke mak kerja dengan orang lain” (Kalau kedai sendiri, tentu maknya Businesswomen = busy+ness+woman)
“Kedai mak sendiri”
“Ooo” saya mengangguk, hati saya mula terasa sayu apabila melihat airmukanya mula berubah bila berbincang tentang kerja mak ayahnya.
“Biasanya mak balik pukul berapa?”
“Biasanya mak balik malam, kadang-kadang je mak balik petang”
“Habis tu Amin duduk dengan siapa di rumah?”
“Dengan kak long dan bibi” (kak long tu kakak kembarnya dan kedua-duanya selalu kerumah saya dan jarang berpisah).
“Amin selalu tak rasa sunyi?” Saya mula tanyakan soalan yang menyentuh emosi.
“Sunyi” Jawabnya dengan nada yang agak sedih.
“Kalau sunyi, Amin buat apa?”
“Amin main dengan kak long?”
“Amin rasa sedih tak?” Airmukanya mula berubah.
“Sedih”
“Kalau sedih Amin buat apa?”
“Kadang-kadang Amin telefon mak, tanya mak, bila mak nak balik, mak kata nanti mak balikla”

Itulah sebahagian dialog saya dengan kanak-kanak yang baru berumur 9 tahun. Umur yang memerlukan perhatian dan kasih sayang. Amin mungkin tidak merayau merata kerana hanya ke rumah saya kerana itu saja yang dibenarkan oleh ibubapanya, apabila saya tahu yang dia tak tak tahu baca al Quran maka setiap malam saya minta anak-anak saya mengajar mereka al Quran. Anak lelaki saya ajarkan yang lelaki dan anak perempuan saya ajar kembar perempuannya…kerana isteri saya pun tidak sihat dan saya pun selalu ada program waktu malam. Tetapi bagaimana pula yang anak-anak bebas kemana saja dalam keadaan tidak ada didikan. Cuba banyngkan lagi 8 tahun apabila umur mereka “sweet 17”. Ketika jiwa bergelora, kecenderungan jantina mula aktif…. Adakah kita masih nak menyalahkan remaja-remaja berisiko ini atas apa yang sedang berlaku?

— cerita di atas adalah  Luahan seorang ayah tentang masa depan muda mudi hari ini dan akan datang. anak-anak yang tidak menjadi itu adalah tanda kecuaian si ibu dan bapa.. petikan dari sini klik

memikirkan tentang masa depan. saya tak mahu anak-anak saya nanti menjadi anak yatim.  pernah terfikir bahawa saya tak sepatutnya memilih bidang ini. bidang yang memang orang maklumlah, keluarga akan ditinggalkan, semua akan diketepikan, kerjaya yang diutamakan

Allah knows the best. terus bergerak ke depan. masa depan itu Allah yang tentukan.

nota 1 : cerita di atas adalah petikan dari sini : http://my.opera.com/azmibhr/blog/ratapan-anak-yatim

nota 2 : a medical life. menarik untuk dibaca, sila klik ya

note 3 : teringin juga mendengar bicara doktor hatta tu. bila ya beliau mahu datang lagi

nota 4 : doakan lagi untuk mereka. doa lagi biar Allah hancur lumatkan manusia terlaknat tu, doa qunut nazilah. klik di sini. jangan putus menembak doa. update lagi dan  latest. dan yang paling menarik : seorang lagi kembali kepada fitrah.

nota 5 : perkongsian pengalaman bersama VIVA PALESTINA.

nota 6 : vidoe ini sewaktu rombongan itu di’blocked’ di sempadan mesir. the latest convoy in december 2009.

-min qalbi ila qalbikum. wallahi satuhaasibuuun.

note 6: mungkinkah, ini yang bakal mereka hadapi lagi?

Allah, bantu bapa-bapa kami itu ya Allah…..

 
7 Comments

Posted by on May 28, 2010 in Cerita Hati, Erti Kehidupan, free filistine

 

Forget…

Every night and every day
Every night and every day
Never forget to say
La ilaha illa Allah
(Nothing worthy of worship except Allah)

When you’re walking down the street
And you see the clouds in the sky
Praise Him and always repeat
The name of The Most High
And say with every heartbeat
La ilaha illa Allah

Chorus

No matter where you are or what you do
Remember Allah is watching over you
He’s the Light of Heavens and Earth
He’s the first, and He is the last
Obey Him and always say
La ilaha illa Allah

Chorus

La ilaha illa Allah
La ilaha illa Allah
La ilaha illa Allah
Never forget to say
La ilaha illa Allah

Chorus

La ilaha illa Allah
La ilaha illa Allah
La ilaha illa Allah

note 1 :  but i always forget, forgive me ya Allah…

 
2 Comments

Posted by on May 21, 2010 in 1, Cerita Hati

 

Hambakah aku?

Kenapa hamba?

sudah ditetapkan sejak azali lagi, setiap manusia yang dilahirkan itu dari mula bernafas sehingga ke akhir nafas, dia itu hanya seorang hamba. hanya seorang hamba. hamba kepada tuhan. hamba kepada yang mencipta langit. hamba kepada yang berkuasa mematikan, yang berkuasa menghidupkan.

tidaklah kita dilahirkan untuk menjadi rakyat kepada Allah. tidak diberikan kuasa kepada manusia itu untuk mengundi siapakah yang akan dicalonkan menjadi tuhannya. tiada pilihan mutlak untuk berdemonstrasi memenangkan bakal tuhan itu

tidak dilahirkan manusia itu sebagai seorang pegawai kepada tuhan untuk memerintah siapa-siapa sahaja menjadi tuhannya, siapa-siapa sahaja menjadi malaikatnya, siapa-siapa sahaja menjadi rasulnya. kita ini hamba.

tidaklah kita dilahirkan menjadi seorang anak kepada Allah. anak itu boleh memilih hendak ingkarkah atau taat kepada tuannya. tidak wahai saudaraku

tidak juga dilahirkan sebagai seorang pelajar kepada Allah. dipilih-pilihnya subjek yang menyembahNya atau tidak

diarahkannya kita untuk berdiri, kemudian tunduk  separuh tubuh, kemudian bangun kembali, kemudian bersujud sebanyak 5 kali sehari. bahkan sebelumnya disytiharkan arahan itu, diarahkannya kita melakukannya 50 kali sehari. kerana apa semua ini?

kerana kita telah dilahirkan menjadi hamba.

HAMBA kepada ALLAH. “dan tidak AKU ciptakan jin dan manusia melainkan hanya untuk menyembahKU” ; 51 : 56.

hamba itu banyak tuntutannya kepada tuannya. hendaklah dia patuh kepada tuannya 24 jam setiap minggu sehinnga hembusan nafas terakhirnya.

Urgensi seorang hamba

apabila kamu bergelar hamba, patuhlah kepada yang memiliki kamu. sesungguhnya dia itu adah sebaik-baik pemilik berbanding pemilik-pemilik lainnya. pemilik-pemilik lain mengarahkan hamba itu dan ini untuk kepentingam mereka, tetapi pemilik yang satu ini mengarahkan hamba-hambaNya adalah untk kebaikan mereka sendiri

Dan barangsiapa yang berjihad, Maka Sesungguhnya jihadnya itu adalah untuk dirinya sendiri. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kaya (Tidak memerlukan sesuatu) dari semesta alam  : Al-Ankabuut ; 6.

Dia itu sebaik-baik pemilik, Dia memberi hadiah jika hambaNya melaksanakan apa yang diarahkan, bahkan walau dengan bniat sahaja sudah dia balas walaupun belum sempat melakukan. apatah lagi jika dilakukan? berlipat kali ganda lagi jika kamu memang melakukan.

jika hamba itu tidak melaksanakan bahkan melakukan apa yang dia benci tidak akan dibalsnya selagi dia belum melakukan. subhaanallah, tak nampakkah pemurahnya dia?

banyakkan mengingati si pemilik itu. untuk apa? sebab bila kita ingat sahaja pemilik ni, ketenangan akan datang ke lubuk hati si hamba. tapi dengan syarat, hamba yang benar-benar hamba itulah yang akan beroleh ketenangan itu. tak mahukah kita? semua orang mencari ketenangan hari ini. semua orang mencari kebahagiaan hari ini, tapi kita? dengan menjadi hamba ketenangan itu akan datang kepada kita jika kita adalah sebenar-benar hamba = hamba yang beriman. kalau pemilik hamba-hamba yang lain, kalau difikirkan bertambah runsing jadinya, bukan bertambah tenang.

hamba itu kerjanya hanya melakukan arahan tuannya, tidak dia punya kuasa mahu merungut-rungut akan perintah. tidak dia mampu menahan akibat yang bakal ditanggung jika mengingkari si tuan itu. patuh saja, tak payah banyak soal.

Jom refleksi diri

hamba jenis apakah kita ini?

hamba yang bersyukurkah? atau yang tidak menghargai? hamba yang tidak sedar dirikah? sedar tak diri kita ni hamba?


suka doa Ummu Anas

“Ya Allah! Setiap apa yang aku perolehi dari apa yang aku cintai, jadikanlah ia kekuatan yang Engkau redhai. Setiap yang Engkau singkirkan daku dari apa yang aku cintai, jadikanlah ketenangan dalam hatiku.
Ya Allah! Jadikanlah cinta ku kepadaMu menguasai seluruh yang aku cintai.
Dengarlah permohonan hambaMu wahai Yang Maha Mendengar. Amiin.”

Nota 1 : sedar diri sendiri ye.. tanah lumpur je kita ni.. ditiupkan roh, jadi hamba pulak

Nota 2 : indah bahasa Arab di situ. adanya istithna’ = pengecualian dalam ayat 56 surah ke 51. tidak dan kecuali. maksudnya hanya satu-satunya tujuan manusia dan jin itu dicipta untuk menyembah Allah. boleh faham ke? nakkan penjelasan lanjut sila komen..

 
4 Comments

Posted by on April 13, 2010 in Cerita Hati

 

Lelaki tanpa hati

Dengan nama Alah saya mulakan’

Yang terhormat Ustadz Hassan al-Banna,

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Apakah anda pernah mendengar tentang lelaki tanpa hati?. Maaf, jika hati yang dimaksud adalah salah satu anggota tubuh dari daging yang berwarna merah, yang menarik dan melepaskan darahnya, tentu saja lelaki itu memilikinya. Yang dengannya dia dapat hidup dan menjalani kehidupannya. Akan tetapi hati yang bersemangat, kuat dan hidup, sayang sekali dia tidak memilikinya.

Dia mengetahui kebaikan meskipun kecil, dia juga mengetahui tempat-tempat keburukan meskipun samar-samar.

Seringkali dia merasa benar jika membaca perilaku seseorang dari wajahnya dan dia juga dapat memberi isyarat akan hal itu. Akan tetapi, dia tidak memiliki hati. Jika bertemu dengan teman lamanya yang tidak bersua, dia menyalaminya dan menggenggam tangannya dengan kuat, bahkan memeluknya. Namun, hatinya tetap beku, sama sekali tidak terpengaruh, Dia memberi nasihat kepada orang lain, “Jadilah kalian begini dan jadilah kalian begitu”, serta menyebutkan berbagai dalil dan alasan, namun hatinya semakin keras dan tidak terpengaruh.

Dia tersenyum kala menerima berita gembira. Dia juga mengernyitkan dahi saat menerima berita duka. Akan tetapi, kegembiraan dan kesedihannya hanyalah reaksi alami, sedangkan hatinya tetap diam dan tidak tergoncang.

Dia menyatakan cinta dan benci kepada seseorang. Ketika melihat hatinya, hatinya tetap diam tanpa memberi penjelasan.

Dia berdiri menunaikan salat dan berusaha kusyuk, membaca al-Quran dan berusaha memusatkan perhatiannya. Ketika meunaikan solat, membaca bacaan salat dengan nada-nadanya, sehngga orang-orang pun berkata, “Dia tipe orang yang kusyuk”. Akan tetapi, ketika meraba hatinya, dia mendapatinya tuli dan tidak kusyuk, walaupun memahami apa yang dibaca.

Ini adalah gambaran yang sebenarnya terjadi pada hati lelaki tersebut. Saya tidak melebih-lebihkan atau menguranginya. Menurut anda, apakah anda dapat mengatakan bahwa hatinya sama seperti hati orang-orang pada umumnya?.

Saya dianugerahi akal, tetapi hati saya hilang. Saya meraskan pikiran saya menyala-nyala, bekerja, hidup dan menunjukkan keberadaannya. Akan tetapi, ketika saya ingin merasakan hal itu pada hati saya, sama sekali tidak menemukannya. Saat ini, anda telah mendengar tentang seorang lelaki yang tidak memiliki hati.

Dia adalah seorang pemuda yang membaiat anda dan anda mengambil sumpah setia darinya. Apakah anda rela seorang tentera anda hidup tanpa hati? Apakah anda dapat membantu menghidupkan hatinya agar bergerak dan merasakan apa yang diucapkan oleh lisannya.

Ini adalah penyakit salah seorang tentera Anda yang akan membuat Anda sedih jika mengetahuinya. Oleh kerana itu, saya tidak menyebutkan namanya, hingga saya memberitahu Anda akan kesembuhannya.



dan ini jawapan daripada Al Imam As Syahid Hassan al-Banna

Imam al Banna menulis,

Saudaraku.

Wa’alakumussalam warahmatullahi wabarakatuh

Saya telah membaca surat mu dan sangat terpengaruh oleh kejujuran bahasamu, keindahan keberanianmu, lembutnya kesedaranmu, dan hidupnya hatimu

Saudaraku, engkau bukan orang yang hatinya mati seperti yang engkau hina. Akan tetapi engkau adalah orang yang perasaanya tajam, jiwanya bersih, dan nuraninya lembut. Seandainya tidak bersifat demikian, tentulah engkau tidak menuduh dirimu dan tidak engkau ingkari perasaanmu. Akan tetapi besarnya semangat dan jauhnya tujuan, membuatkanmu menganggap kecil urusanmu yang besar dan engkau mengharapkan tambahan untuknya. Tidak ada masalah dalam hal itu dan memang itu harus terjadi.

Saya merasakan apa yang engkau kira, saya berjalan sebagaimana engkau berjalan dan saya akan berusaha mengajukan beberapa nasihat. Jika nasihat-nasihat tersebut bermanfaat bagimu dan dengan melaksanakannya engkau lihat dapat menghapus dahaga serta mengobati sakitmu, maka alhamdulillah, atas taufikNya. Namun jika tidak demikian, maka saya senang untuk bertemu denganmu agar kita saling bekerjasama untuk mendiagnosa penyakit dan menentukan obatnya.

Berteman dengan orang-orang khusyu’ yang selalu merenung, berbaur dengan orang yang selalu berfikir dan menyendiri, dekat dengan orang-orang yang bertakwa dan soleh yang dari mereka terpancar hikmah dan dari wajah mereka terpancar cahaya, dan hati mereka bertambah dengan makrifat ( dan jumlah mereka adalah sedikit ) adalah obat yg manjur. Berusahalah berteman dengan orang-orang seperti mereka, selalu bersama mereka, kembali kepada mereka, dan engkau sambung ruhmu dengan ruh mereka, jiwamu dengan jiwa mereka serta engkau habiskann kebanyakan waktu kosongmu bersama mereka. Hati-hatilah dari orang yang ‘mengaku-ngaku’ . Carilah orang yang kondisinya membuatkan kamu bangkit, perbuatannya membawamu berbuat baik dan jika engaku melihatnya maka engkau mengingat Allah


Berteman dengan orang-orang seperti ini adalah salah satu obat yg paling manjur, kerana watak manusia sering mencuri, sehingga hatinya terpengaruh oleh hati dan jiwa pun mengambil dari jiwa. Oleh kerana itu, berusahalah untuk menemukan jiwa-jiwa yang soleh sebagai teman

Saudaraku, berfikir, berzikir di waktu-waktu yang bersih, menyendiri, bermunajat, merenungi alam yang indah serta menakjubkan, menggali rahsia keindahan dan keagungan dari alam, meneliti dengan hati dan berzikir dengan lisan tentang pengaruh keagungan yang mencengangkan serta hikmah yang agung ini, termasuk hal yang memberi kehidupan kepada hati dan menyinari pojok-pojok kalbu dengan keimanan dan keyakinan.

Allah swt berfirman

“Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal”   (Ali ‘Imran [3] : 190 )

Saudaraku, selanjutnya berfikir tentang masyarakat, melihat berbagai penderitaan, kebahagiaan, kesulitan dan kemakmuran, serta menjenguk orang yang sakit, menghibur orang-orang yang tertimpa bencana dan mengenali sebab-sebab kesengsaraan yang berupa pembangkangan, kekafiran, kezaliman, pelanggaran, sikap mementingkan diri sendiri, egois, terpedaya oleh hal-hal yang semu, semua ini merupakan sentuhan bagi dawai-dawai hati yang menyatukan cerai berainya dan menghidupkannya dari kematian. Maka berusahalah agar keberadaanmu menjadi penghibur bagi orang-orang yang sengsara dan tertimpa bencana. Tidak ada hal yang pengaruhnya lebih kuat terhadap perasaan dari berbuat baik kepada orang-orang yang sangat-sangat membutuhkan, membantu orang-orang yang teraniaya atau membagi rasa dengan orang yang susah dan sedih.

Saudaraku, hati ada di tangan Allah. Dia mengubahnya sesuai dengan kehendaknya. Oleh kerana itu, bersungguh-sungguhl ah dalam berdoa, agar Dia memberikan kehidupan kepada hatimu, membuka dadamu dengan iman dan melimpahkan keyakinan kepadamu sebaga anugerah serta nikmat dariNya. Berdoalah di wakti-waktu mustajab dan waktu-waktu sahur. Kerana doa di waktu sahur adalah anak panah yang meluncur yang tidak berhenti hingga sampai ke ‘Arsy. Saya tidak meragukan keikhlasanmu dalam mencapai tujuan dan kejujuran dalam pengakuanmu.

Allah berfirman,

“Sesungguhnya Allah hanya menerima (korban) dari orang-orang yang bertakwa ” (Al Maaidah [5] : 27)

Saudaramu, Hasan al-Banna

Petikan daripada buku Menjadi Hamba Rabbani ; Dr Majdi Hilali

Marilah sama-sama kita ambil iktibar, ambil saranan-saranan daripada Al Imam As Syahid Hasan Al Banna. Semoga tidak kita biarkan hati itu mati. Bahkan hati yang sakit itu perlu seggera diubati. Andai kita merasakan hati itu sudah tidak berfungsi dengan baik, pohonlah hati yang baru daripada Allah.