RSS

Monthly Archives: December 2012

Tourette Syndrome, Penyakit Kenan

How Tourette Syndrome Made Me The Teacher I Never Had

How Tourette Syndrome Made Me The Teacher I Never Had

Growing up with TS is never easy. It is important for people to understand that TS is not a behavior problem. It is a neurological disorder.
The people who have tics don’t choose to do them.
They don’t want to do them.
The hardest thing about living with TS is ignorance; it is the people who don’t know and those who don’t want to know.
Once others are educated, it makes those with TS feel a lot more at ease.
Also note that not everyone with TS curses. It is a bad stereotype that Hollywood has given the condition. The fact is that fewer than 10 percent of those with TS have this cursing which is called corporlalia.

Novel Front of The Class

Dipetik daripada novel hasil karya Brad Cohen, yang mana buku ini menceritakan kisah benar yang berlaku kepada beliau sendiri dan perjalanan hidup yang dilalui beliau. Sindrom tourette yang dialami bisa membuatkan beliau lemah semangat untuk ke sekolah kerana menjadi mangsa buli dan tidak disukai oleh guru-guru dengan kelakuan yang dikatakan menjengkelkan itu. Keadaan diburukkan lagi apabila ayahnya tidak dapat menerima kenyataan dengan penyakit yang dihadapi oleh anak lelakinya itu.

Tetapi kelakuan yang tidak mampu dikawal yang mana kadang-kadang berbunyi seperti anjing menyalak disertai pergerakan-pergerakan yang agak pelik itu tidak mematikan semangat beliau untuk berjaya. Malah beliau mampu menjadi diri sendiri dan mencapai impiannya untuk menjadi seorang pendidik kepada anak bangsa.

Ini adalah Tourette Syndrome

Sindrom ini adalah keadaan di mana ada sedikit masalah di otak dan saraf lalu menghasilkan bunyi-bunyi pelik dan gerakan-gerakan luar kawal. Keadaan ini tidak mampu dikawal oleh pesakit tersebut. Namun, beliau masih boleh hidup seperti manusia biasa. Penyakit ini tidak berjangkit dan apa yang mereka perlukan hanyalah penerimaan masyarakat sekeliling tentang itu hanya sedikit refleks yang dialami oleh mereka sepertimana manusia biasa tidak mampu menahan untuk bersin.

Dan saya menyarankan kalian menyaksikan filem ini, yang diadaptasi daripada novel Front of The Class.

front-of-the-class

A very very very inspiring movie.

“What can I learn from this Tourette syndrome?”

And his very cute pupils replied,
” You learn to keep going ”
” You learned not to let it stop you ”
” You learned not to let it win ”

” Can you frame that words to show until Monday? ” 😀 🙂

Semoga ini dapat membantu masyarakat sekeliling memahami keadaan mereka anak-anak anugerah Allah ini, dan tidak membalas kelakuan anak-anak dengan memarahi dan mengherdik mereka.

Di sini link artikel ustaz HASRIZAL tentang sindrom ini, namun tidak dapat diakses daripada blog beliau sendiri. KLIK DI SINI. Moga beroleh manfaat.

 
Leave a comment

Posted by on December 30, 2012 in Erti Kehidupan, Medicines

 

When You Ask, Listen Well !

Dengan Nama Allah

Sedikit apa yang mengesankan di hati saya, saya ingin kongsi kepada kalian yang membaca celoteh saya.

Seorang sahabat pernah menyatakan satu statement berbunyi ” When You Ask, Then Listen! ”

Setiap hari, sebanyak berbelas-belas kali kita meminta kepada dia.
Setiap fajar, setiap tengahari, setiap petang, setiap senja malahan sehinggakan setiap malam kita meminta-minta kepada dia.

Akan tetapi, banyak permintaan kita yang ditunaikan. Berkali-kali jawapan diberi, namun kita dengan angkuhnya menolak sebahagian pemberian-pemberian itu. Angkuhkan kita?

Permintaan kita itu berbunyi
” Tunjukkanlah aku ke jalan yang lurus ” 1:6

If he can, why don't I?

If he can, why don’t I?

Bilamana kita diajak pergi smart circle, diajak pergi kelas tafaqquh fid deen, diajak mendengar nasihat, diajak membaca buku-buku tertentu, kita menjawab
“tak pe lah bro, lain kali lah”
“alah, aku busy ni”
“takpe lah, tunggu cuti lah”
“ajak orang lainlah ”

Berpuluh-puluh kali malah ratusan kali kita meminta. Dan Dia juga menjawab, namun banyak yang kita abaikan.

Maka wahai saudaraku, sambutlah jawapan yang Allah hadiahkan kepada kita itu. Terimalah ajakan. Pergilah ke mana-mana yang bisa mendekat diri kita dengan Dia yang Maha Penyayang.

Kerana apa?
Kerana hidup ini bukan hanya sekali.

Ada kehidupan satu lagi yang mana nasibnya bergantung kepada bagaimana sambutan kita dengan Jawapan-jawapan yang Allah telah berikan kepada kita

Banyak manakah yang sudah kita semai untuk mendapatkan hasilnya di sana?

Marilah sama-sama kita menanam untuk masa depan yang lebih cerah dan membahagiakan

 
Leave a comment

Posted by on December 18, 2012 in Erti Kehidupan, Tazkiyatun Nafs