RSS

Monthly Archives: February 2011

Told Me to Be Strong

Apabila muda mudi bertanya soalan paling famous “boleh tak ber’couple?’ ” dan seorang ulama’ menjawab “can you imagine if Rasulullah ber’couple’? ” betapa halusnya jawapan beliau – pak cik RB, SCBW

[sempena Hari Lahir Manusia Teragung yang turut jatuh pada Valentine’s Day]

nota 1 : banyak lagi sunnah baginda yg boleh kita buat, tak payah buatlah benda-benda yg baginda tak suruh tu
nota 2 : Allah, sudah kurang selawat pada baginda. Moga peringatan hari ini mengetuk hati-hati yang alpa. Moga tak tergolong dalam golongan yang hanya mengingati baginda secara bermusim
nota 3 : Need to finish his long life-journey story..
nota 4 : doa Abu Umar

Ya Allah

Aku ingin benar-benar cinta pada dia yang telah mengorbankan semuanya untuk kami menjadi hamba Mu, Dia yang darahnya mengalir membasahi bumi Mu demi kebahagiaan kami disisiMu juga dia yang menyebut-nyebutkan kami disaat sakitnya sakaratul maut. Dia yang memanggil kami Ummati! Ummati! Ummati!.

sambungan kisah ini , Mari Mengenal Baginda di sini

Advertisements
 
Leave a comment

Posted by on February 15, 2011 in Sejarah Teragung, sharing is caring

 

The Day of Anger

ectomy him

Berada dalam hari-hari rusuhan. Hari-hari darurat. Hari-hari berkurung. Mereka gelar ia the day of anger : thauratul ghodhob. Satu pengalaman yang tak akan dilupakan seumur hidup.

Ya, sejak pertama kali menjejakkan kaki di ardhul kinanah ini, hati meruntun melihat mereka dalam kemelaratan hidup. Papa kedana merata meminta-minta. Kehidupan, pengurusan yang tiada sistem. Menjadi bahan kutukan kita. Bahan kutukan kita manusia-manusia yang datang dari Negara yang sedikit bersistem. Datang ke tempat mereka dan menghina mereka. Mengatakan mereka itu pemalas, mengatakan mereka itu lembap.

Namun, tidakkah pernah kita diam sejenak berfikir tentang punca segalanya itu. Kerana punca itu yang menekan mereka. Kerana punca itu tamak haloba, rakus mengisi perut sendiri langsung tidak pernah cakna akan berpuluh-puluh juta lagi perut yang berbunyi. Sedari 30 tahun dahulu lagi mereka digertak, jika membantah gerigi besi menanti. Hanya kerana sayangkan keluarga, sayangkan masa depan anak-anak kecil, hanya mampu menelan segala peraturan walaupun ia memeritkan, walaupun mengguris hak kemanusiaan. Dan salah satu hak kemanusiaan yang dinafikan, dikenakan ke atas penduduk mesir ialah dalam perjanjian camp david.

Seterusnya diikuti pilihanraya umum di mesir pada November lepas. Mereka tahu jika mereka mengundi ataupun tidak keputusannya tetap sama. Si kuku besi itu masih di takuk lama, memenangkan geng-geng kuku besinya. Mereka sudah putus asa dalam pilihanraya kali ini. sehinggalah Mohamed ElBaradei menggesa rakyat Mesir memboikot pilihanraya tersebut

Permulaan revolusi 25 januari 2011, saya tak nampak signifikan demonstrasi yang mereka adakan. walaubagaimanapun, gegaran demonstrasi itu terasa di jalan port saeid ketika berada di rumah teman. pelbagai andaian dilakukan kerana waktu itu kami belum tahu objektif demonstrasi tersebut. Sehinggalah pada malam 27 januari, usai menduduki peperiksaan subjek microbiology. Saya menjumpai page We Are All Khaled Said dan mengetahui kisah kematian Khaled Said. Dalam page itu mereka merancang Gelombang Kedua pada esoknya 28 januari. 28 januari, line telefon diputuskan. internet langsung tidak berfungsi. tanda pengecutnya kerajaan kepada rakyatnya. takutnya mereka akan kebangkitan rakyatnya

Ya, sangat betul tindakan mereka. Mereka bangun. Mereka bangun menentang. Walaupun berhari-hari. Nampak wajah keletihan dan tenaga kekurangan. Sudah hari ke 10, namun hanya jaminan daripada Mubarak mengatakan pilihanraya akan diadakan dan diserahkan kepada omar Suleiman dan dia tidak akan bertanding. Dan belas-belasan hari seterusnya. Sehinggakan sorang teman saya berkata “Mereka sudah penat berevolusi, jika mereka berhenti dan Mubarak masih belum turun sia-sialah kepenatan mereka selama ini”.

Semalam, Alhamdulillah muka depan akhbar tersiar mengatakan ‘Mubarak tumbang’. Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah.

Namun, yang menjadi persoalan dalam pemikiran saya sekarang adalah masa depan Mesir itu sendiri. Adakah akan benar-benar cerah selepas si pengecut itu mengalah dan melarikan diri? Benarkah ekonomi mereka akan dibangunkan semula? Akan berkurangkah pengemis-pengemis di jalanan? Akan bertambah sistematikkah kehidupan mereka selepas ini?

We can not expect the future, eventhough for tomorrow. Rabbana ‘alaika tawakkalna wa ilaika anabna wa ilaikal masiir.

can you see how cheer they are? Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah

nota 1 : Allah makbulkan doa saya di sebalik kejadian ini. Alhamdulillah
nota 2 : Masih lenakah tidurmu di belakang kesempitan rakyatmu?
nota 3 : How Wael Ghonim Sparked Egypt’s Uprising.. and who is he.. and more here

nota 4 : pesanan seorang pendidik buat kalian anak-anak malaysia di mesir yang sekarang berada di tanah air

 
2 Comments

Posted by on February 14, 2011 in Uncategorized