RSS

Monthly Archives: December 2009

Starving…

sedang 5 sahabat  menikmati makan malam yang disediakan pihak asrama. sedang makan tu, tiba-tiba anisah berhenti menyuap makanan.

“laa, dah berhenti ke? banyak lagi ni. jom pakat-pakat habiskan. tak baiklah membazir”  syuhada’ memulakan bicara

“tak nak. dah kenyang”

“tak solehah la macam tu. membazir kan saudara syaitan? anti nak ke bersaudara dengan makhluq tu?”

“alaa..”

tiba-tiba ‘arifah mencelah ” nak dengar  cerita tak? “

” ada seorang ‘photographer’. dia menang pertandingan gambar terbaik di dunia. nak tau gambar apa yang dia tangkap? dalam gambar tu ada seorang budak. budak ni dia hidup di gurun. waktu lelaki tu tangkap gambar tu, budak tu sebenarnya sedang merangkak menuju ke satu kem sebab nak dapatkan makanan. dia merangkak, merangkak dan terus merangkak demi mengharapkan makanan. sambil budak tu merangkak, ada seekor burung pemakan daging manusia yang terbang di atas budak tu tapi dia tak makan terus. tahu kenapa? sebab burung tu tahu budak tu akan mati dulu sebelum dia sempat sampai ke kem tu. akhirnya budak itu pun mati. masa tu jarak antara kem tu dengan budak dan burung tu hanya tinggal beberapa meter je lagi  “

” nak tahu apa jadi dengan photographer tadi? selepas dia tangkap gambar tu, dia bunuh diri dia sendiri sebab dia sangat menyesal dengan hidup dia. betapa sebelum ni dia hidup dalam kemewahan tapi sungguh jauh berbeza dengan hidup budak tu”

*

pertama kali saya mendengar cerita ini, saya menangis dalam hati. terima kasih kepada yang bercerita.

mulai detik itu, setiap kali saya hampir-hampir membazir ataupun sedang membazir, cerita ini akan terlintas dalam minda.

bersyukurlah dengan apa sahaja nikmat yang ada. walaupun hanya 1 mol oksigen yang tak pernah kita nampak. walaupun hanya 0.1 genih yang ada di tangan. manusia biasa hanya akan sedar nikmat itu bila nikmat itu sudah hilang. jangan menjadi seperti manusia biasa, jadilah manusia luar biasa.

pesan ulama’

ingin menjadi orang yang bersyukur, lihatlah ke bawah bukan melihat ke atas

*description about this picture =

The photo in the mail is the “Pulitzer prize” winning photo taken in 1994 during the sudan famine. The picture depicts a famine stricken child crawling towards an United Nations food camp, ocated a kilometre away

  • The vulture is waiting for the child to die so that it can eat it. This picture shocked the whole world. No one knows what happened to the child, including the photographer Kevin Carter who left the place as soon as the photograph was taken.
  • Three months later he committed suicide due to depression
Advertisements
 
2 Comments

Posted by on December 26, 2009 in Uncategorized

 

Exam… ooo Exam…

Usai menjawab soalan exam Community Medicine daku mengimbas kembali persediaanku sebenarnya menjawab kertas soalan itu. Lama kumemikirkan, adakah betul-betul bersedia untuk exam ni? Tiba-tiba fikiranku tertumpu akan kematian. Adakah benar-benar cukup persediaanku untuk menghadapi peperiksaan sewaktu itu, sewaktu nyawa dicabut? Adakah betul-betul cukup persediaan untuk 100% sama dengan persediaan kita untuk peperiksaan menjelang hembusan nafas terakhir?
Adakah pernah kita memandang dunia ini dari pandangan akhirat?
“Nanti bila dah jadi doktor, pasti banyak kematian yang akan kita hadapi. Tapi jangan sekali-kali kita sudah berasa lali dengan kematian itu.. Jangan kita biarkan hati kita merasa tak ada apa-apa dengan perkataan KEMATIAN. Ambillahiktibar dari setiap kematian itu, walau apapun sebabnya” pesan seorang kakak..
Sememangnya apabila bergelar seorang pengamal perubatan semestinya akan berdepan dengan kematian yang tak bisa dihitung..
“Tapikan kak, ada kawan tu kan dia tak solat pun tapi study excellent je. Bila saya nasihat dia, dia cakap buat apa solat? Aku dah excellent…” sempitnya pemahaman manusia tentang hakikat ubudiyah kepada Allah. jangan ingat bila Allah bagi kesenangan kemudahan padanya di dunia, sebenarnya Allah sedang membantu dia. Tak…. boleh jadi Allah nak beri istidraj kepadanya kan? Siapa tahu? Benda-benda ghaib ni Allah sahaja yang tahu. Moga-moga kita tak termasuk dalam golongan tu, insyaAllah. “
“kita selalu doa nak dapat cemerlang, dah usaha banyak dah tapi Allah tak bagi  cemerlang pun. Orang yang tak kuat study pulak yang dapat mumtaz? Kenapa kak?”
“dalam hakikat ni, Allah beri apa yang terbaik bagi kamu sebenarnya. Boleh jadi bila kamu cemerlang, kamu lupa Allah. Lupa ibu ayah. Dan alhamdulillah, bila kamu kurang berjaya kamu tak pernah lupa Allah. sentiasa mengadu padaNya. Kamu akan berusaha bersungguh-sungguh nak balas jasa ibu bapa kamu, nak bayar balik duit rakyat tu… Itu sebenarnya tanda kita ni kerdil… Sehebat manapun kita pada pandangan mata kita, dalam fikiran kita, kita takkan mampu sehebat Dia. Tunduklah padaNya, selalulah berharap dam tanpa henti memohon kepadaNya. Siapalah kita di hadapan kebesaranNya?”
Sedarlah diri, sabarlah hati…

‘Katakanlah, “Dialah yang mencitakan kamu dan menjadikan pendengaran, penglihatan dan HATI bagi kamu.. akan tetapi sedikit sekali kamu bersyukur” ‘    Al Mulk : 23
Ya Allah, kekalkanlah aku dalam kesusahan itu, andai dengan kesusahan itu aku akan tetap mengingatiMu..kekalkanlah aku dalam menginagtiMu..aku akan sentiasa meminta kepadaMu… jangan Kau biarkan kami dalam kesenangan, dalam kelalaian yang menyebabkan kami melupakanMu.. jangan sekali-kali Ya Allah…
-Kepada yang exam, usaha jangan tak usaha.. mulakan dengan bismillah
 
2 Comments

Posted by on December 16, 2009 in Cerita Hati, Erti Kehidupan