RSS

Category Archives: sharing is caring

Hanya Hari Ini

Kerana hanya hari ini yang menjadi milik anda.
Mari ambil iktibar.
Mari memeotivasikan diri

ūüôā

 
Leave a comment

Posted by on July 15, 2011 in Erti Kehidupan, sharing is caring

 

Musibah Sebenar

Versi pdf di sini, lebih mudah untuk faham insyaAllah.

Lapar tak apa, tak pandai tak apa,

tapi,

tapi masalah paling besar adalah

kalau kita tak kenal Allah,

masalah yang paling besar adalah bila mana kita tak kenal Allah

sebab kesannya ‘FATAL‘.

Masalah kita di akhirat nanti,

sebab kita ada perhitungan yang besar di akhirat nanti, ūüė¶

kegawatan yang paling besar di akhirat nanti,¬†bila mana kita hidup, kita tak ada hubungan dengan Allah ūüė¶

Musibah seterusnya bila kita rasa taajub dengan akal, taajub dg kebolehan manusia kadang-kadang kita nak kena hati-hati, terutama yang sedang belajar. Bila kita rasa hebatnya akal manusia, kita lupa kepada pemilik akal manusia.

Bila kita ta’ajub dengan kapal terbang ; besi yang ribuan tan itu boleh terbang di udara. Supaya tidak menjadi orang atheis, supaya tidak menjadi sekular, pandanglah burung-burung yang berterbangan, di situ ada kehebatan dalam dunia penerbangan. Burung, ia ¬†tak perlu landasan, ia menghirup madu.

Kalau kita rasa hebat sangat dengan komputer, kita kena ingat ; the best processor is the human brain, datangnya dari Allah.

Maksudnya bila kita tak hubungkan ujian, tak hubungkan kehidupan kita dengan Allah maksudnya kita berada dalam musibah yang besar. ūüė¶

Nota 1 : Walaupun video ini kurang kualitinya, abaikan saje, ambik manfaatnya. It is beneficial insyaAllah ūüôā

Nota 2 : Iqomatuddiin wa siyasatud dunya bih

Nota 3 : Rindu arwah kakak itu.

 
Leave a comment

Posted by on June 11, 2011 in sharing is caring, Tazkiyatun Nafs

 

Dia Mus’ab ibni ‘Umair

Yang paling wangi di kota. Yang paling hensem di antara pemuda-pemuda. Sehinggakan berbaris perempuan-perempuan di kota mahu menunggu dia lalu. Antara yang terkaya daripada keluarga-keluarga mulia di kota.

Dia ahli 4 Hijrah.

Seluruh dunia dan keseronokan di dalamnya dia tinggalkan dan berhijrah kepada Allah dan RasulNya. Itu hijrahnya yang pertama.

Namun, sahabat-sahabat Rasulullah pada zaman awal keislaman, seksa orang-orang kafir pasti menyusul. Sehinggalah Allah mengarahkan hamba-hambaNya itu berhijrah ke Habsyah dan dia bersama gerombolan ini. Ini hijrahnya yang kedua. Betapa miskin hidupnya apabila para sahabat Rasulullah melihat keadaanya yang hanya mempunyai hanya satu helai kain sekadar mampu untuk menutup auratnya, untuk solat dan menahan dirinya daripada kesejukan yang amat. Rasulullah berkata :

‚ÄúSegala puji bagi bagi Allah yang telah menukar dunia dengan penduduknya. Sesungguhnya dahulu¬†aku melihat Mus‚Äôab seorang pemuda yang hidup mewah ditengah-tengah keluarganya yang kaya raya. Kemudian dia meninggalkan itu semua kerana cinta kepada Allah dan Rasul-Nya‚ÄĚ.

Sewaktu bertemu ahli Aqabah yang pertama terdiri daripada penduduk Yathrib, Rasulullah mengutuskan dia¬†bersama-sama pulang ke yathrib untuk mengajarkan al-quran dan mengukuhkan keislaman mereka. ini hijrahnya yang ketiga. di¬†situ di tangan dialah Sa’ad bin Muaz dan Usaid bin Hudhair telah memeluk Islam. Atas kecerdikannya dalam memilih pemimpim dalam masyarakat do yathrob itu, maka berbondong-bondonglah pengikut dua pembesar itu turut sama memilih¬†Islam sebagai cara hidup mereka. Subhaanallah.
Dan diceritakan bahawa dia pernah meminta izin daripada Rasulullah untuk mengumpulkan sahabat-sahabat pada hari jumaat dan Rasulullah mengizinkannya dan berkumpullah mereka di rumah Saad bin Khaithamah. maka tercatatlah dalam sejarah bahawa bermula saat inilah, fardhu Jumaat itu dilaksanakan

Apabila seruan hijrah ke madinah berbunyi, maka lengkaplah hijrahnya yang keempat. Dan dia disaudarakan Rasulullah dengan sahabat Ansar bernama Abu Ayyub Al-Ansaari.

gambar hiasan je

Apabila¬†maraknya api peperangan¬†UHUD menyala, tentunya dia antara yang paling kuat menentang, melawan musuh.¬†Dia ditugaskan memegang bendera-bendera Islam. Peringkat kedua peperangan telah menyebabkan kekalahan di pihak tentera Muslimin. Tetapi Mus‚Äôab tetap tidak berganjak dari tempatnya dan menyeru: “Muhammad adalah Rasul, dan sebelumnya telah banyak diutuskan rasul.”
Sehinggakan sewaktu sedang berperang, seorang tentera berkuda Quraisy, Ibn Qamiah menyerbu ke arahnya dan menetak tangan kanannya yang memegang bendera Islam. Mus‚Äôab menyambut bendera itu dengan tangan kirinya sambil mengulang-ulang laungan tadi. Laungan itu menyebabkan Ibn Qamiah bertambah marah dan menetak tangan kirinya pula. Mus‚Äôab terus menyambut dan memeluk bendera itu dengan kedua-dua lengannya yang kudung. Akhirnya Ibn Qamiah menikamnya dengan tombak. Maka gugurlah Mus‚Äôab sebagai syuhada‚Äô Uhud. Rebahnya dia menyebabkan musuh Allah melaungkan “Rasulullah dah terbunuh! Rasulullah dah mati! “, kerana wajahnya adalah yang paling hampir menyerupai wajah baginda s.a.w. Dan fitnah itu menggoyahkan lagi keadaan kaum muslimin di Uhud pada waktu itu

Setelah selesai perang, Rasulullah meninjau-ninjau keadaan para¬†syuhada’ di medan Uhud. Baginda membaca ayat Allah daripada Al-Ahzab ; 23

Kemudian baginda minta dibawa kepada dia yang telah syahid. Baginda memandangnya dengan perasaan yang sangat hiba. Ketika hendak dikafankan, tidak ada kain yang mencukupi untuk menutup jenazahnya. Apabila ditarik kainnya ke atas, bahagian kakinya terbuka. Apabila ditarik kainnya ke bawah, kepalanya terbuka. Akhirnya, kain itu digunakan untuk menutup bahagian kepalanya dan kakinya ditutup dengan daun-daun kayu.

Baginda menangis dan menuju ke arah jasadnya dan syuhada’ lainnya dan berkata :

Sesungguhnya Utusan Allah ini bersaksi ke atas kamu bahawa sesungguhnya kalian adalah syahid di sisi Allah pada hari Kiamat…

Dia…

Dia adalah¬†Mus’ab¬†ibni ‘Umair.

 

 

Nota 1 : Ada bahagian yang tak dapat disertakan di sini kerana ceteknya ilmu bahasa¬†saya ūüė¶

Nota 2 : Juga cerita Mus’ab bin Umair dalam versi yang lain dan juga di sini

Nota 3 : Dalam fiqh seerah ada mengatakan kenapa perlunya kita memahami, kenapa perlunya kita tahu seerah Rasulullah dan para sahabat. Salah satunya adalah untuk memahami Al-Quran.

 

And The Struggle Continues

Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah

Fuh, selesai sudah program transisi kepimpinan Perubatan Cawangan Iskandariah 2011. Sekarang, sila bekerja keras untuk exam microbiology esok.

jom belajar kitaran hidup chlamydiareally, it is not a flower. it is a bacteria. please avoid it

Baru-baru ini Allah beri saya lalui dua fasa yang berbeza. Satu, fasa yang sangat-sangat lapang. Permulaan semester, tiada kelas praktikal, lecture pulak semuanya intro. Dua, diberi taklifan untuk menguruskan, melancarkan perjalanan program transisi kepimpinan PCI. Oh, waktu tu baru nak menyesal banyaknya masa lapang yang disia-siakan. Walaubagaimanapun, sejuta syukur saya hulurkan kepadaNya kerana dengan itu baru saya betul-betul hargai dan nikmati waktu-waktu yang sedikit lapang di celah-celah kesibukan. Alhamdulillah ya Allah. Biarlah waktu itu waktu yang lebih saya hargai, biarpun sibuk biarpun sempit asalkan diisi dengan perkara yang bermanfaat untuk Islam, tak dibazirkan untuk perkara-perkara picisan semata.

Benarlah sabda baginda

‚Äú Ada dua nikmat, di mana banyak orang yang tertipu dengan keduanya; nikmat sihat dan waktu lapang ‚ÄĚ
(H.R Bukhari dari Ibnu Abbas)

Kepada seluruh ahli jawatankuasa program transisi kepimpinan PCI 2011 ini, jutaan terima kasih diucapkan kerana bersungguh-sungguh melaksanakan amanah kalian. Moga Allah redha

pseudoMTC

Tertarik dengan kata-kata presiden PERUBATAN pusat saudara Syafiq Hamdani

Kalian yang memilihi barisan-barisan ahli jawatankuasa tertinggi PCI, tidaklah terus terlepas tanggungjawab anda. Seharusnya andalah penggerak agenda, sepatutnya anda membantu mereka

Tarbiyah itu perlu ada dalam setiap penjuru, setiap inci ahli PERUBATAN, supaya lahir Muslim profesional kelahiran universiti dari tanah anbiya’ ini

Alhamdulillah, digelar pelajar proaktif, hasil undian daripada sahabat-sahabat satu batch. Terima kasih kepada kalian. Namun, setelah direfleksi, itu sebenarnya hanya sekadar penilaian manusia. Lama diri ini memikirkan apakah maksud proaktif. dihitung-hitung, disemak-semak banyak lagi hak-hak Allah yang tak tertunai, hak-hak Rasulullah, hak-hak Islam, keluarga bahkan manusia di sekeliling saya yang belum tersempurna dilaksanakan. Belum proaktif lagi saya dengan Allah, dengan study. Astaghfirullahal’azhiim.

Seronok dapat kenal Nihal dan sembang dengan kak Oney. Dapat jugak peluang dengar bicara presiden perubatan 2011/2012. 

Nota 1 : Sahabat saya dalam kesusahan. Saya doakan kamu ya dan Allahlah sebaik-baik penolong.

Nota 2 : As the title said ; and the struggle continues

Nota 3 : Takziah dan takziah dihulurkan kepada pemegang-pemegang amanah Allah itu. Selamat menjalankan tugas. Tsunami visi, revolusi aksi

Nota 4 : Saya suka pandangan kak Ami Farhani ini. Nak baca? Klik sini

 
2 Comments

Posted by on April 15, 2011 in Medicines, sharing is caring

 

Kami Akan ke Gaza Lagi dan Lagi [updated]

LL4G

Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah. Akhirnya tak lagi dapat yang second hand. Dapat juga mendengar kisah-kisah tragedi 31 mei 2010, cerita di atas kapal Mavi Marmara, cerita ditahan Israel.

Slot selepas subuh itu langsung tak mengundang kantuk. Ketua Misi Kemanusiaan Lifeline4gaza, saudara Noorazman Samsuddin menceritakan saat-saat cemas ketika beliau berada di atas kapal induk dalam misi Freedom Flotilla itu sewaktu israel datang menyerang kapal mereka. Dari jauh kelihatan kapal israel menghampiri kapal-kapal mereka. 2 helikopter, 2 kapal selam, 4 kapal laut dan lebih kurang 10 bot-bot kecil yang membawa komando-komando Israel menyerang hendap kapal-kapal misi Freedom Flotilla tersebut.

Kali kedua menyaksikan video-video itu lebih mengesankan apabila saudara Noorazman menceritakan setiap flow video tersebut membawa diri ini seperti benar-benar berada dia atas kapal tersebut. Pergelutan antara sukarelawan-sukarelawan tersebut dengan musuh Allah terlaknat akhirnya mengakibatkan 9 orang sukarelawan syahid.

Saudara Noorazman menceritakan bahawa antara sukarelawan yang syahid itu adalah kerana mempertahankan satu-satunya bayi di atas kapal itu daripada ditembak oleh komando israel. Bayi kecil yang belum kenal erti hidup itu pun mahu dibunuh? Siapa lagi yang sedang mereka hadapi ketika itu melainkan hanya syaitan yang berkulitkan manusia.

Di atas kapal mavi marmara tersebut pelbagai jenis manusia yang beliau jumpai daripada syeikh yang berjubah yang sehingga tidurnya pun masih berjubah sehinggalah kepada yang bertatu seluruh badan, muslim dan non muslim, Syeikh Raid Sholah, wakil Rabithah ‘Ulama’ Palestin dan seorang ketua paderi.

Namun, sewaktu mereka ditahan israel, hanya mereka yang tidak berbangsa eropah, yang tidak berkulit putih sahaja yang diikat. Tangan mereka diikat ke belakang. Mereka diikat itu dalam tempoh yang lama sehinggakan salah seorang yang diikat itu dahaga, sukarelawan yang tidak diikat itulah yang membantu menyuakan air ke tekak-tekak yang dahaga itu. Kemudian, apabila sukarelawan-sukarelawan yang ditahan itu ingin menunaikan solat dan mereka meminta untuk berwudhu’ israel langsung tak menghiraukan permintaan mereka. Tetapi sukarelawan-sukarelawan yang berbangsa eropah itulah yang menggesa israel, menggesa hak mereka ditunaikan. Subhaanallah. Ya, kita nampak di situ ada KESATUAN, ada PERPADUAN. Ini kerana kami mempunyai MATLAMAT yang SAMA dan MUSUH yang SAMA, tegas beliau.

Yang menarik perhatian saya apabila ada satu slide yang saudara Noorazman tunjukkan. Slide itu memaparkan gambar tentera Israel yang menunggu kepulangan komando-komando Israel, pasukan yang bertugas menyerang misi Freedom Flotilla ini. Tentera tersebut memegang banner yang mengandungi tulisan dalam bahasa Hebrew bermaksud

SHAME ON YOU ! WHY DID YOU KILL SO FEW !!

Jadi, mereka ini sebenarnya mahu bunuh ramai lagi. Bagi mereka 9 orang yang mati itu terlalu sedikit. Allahu akbar..

Menceritakan pengalaman beliau ” Sewaktu dalam tahanan, tentera-tentera israel itu bercakap sesama mereka dalam bahawa Hebrew, langsung tidak kami fahami apa yang mereka borakkan. Mereka hanya menggunakan bahasa Inggeris atau bahasa Arab ketika berbicara dengan kami”. Dengan itu saudara Noorazman menggesa kepada kita agar belajar dan memahami bahasa Hebrew. Hal ini sangat penting kerana kita wajib kenal MUSUH kita, mesti tahu segala yang berkaitan dengan mereka.

Tambahan lagi, ketua sukarelawan Malaysia itu memberi sedikit peringatan apabila beliau mengatakan antara faktor untuk MENANG ialah dengan MENGIKIS KELEMAHAN kita. Kejayaan seorang mukmin itu adalah apabila dia berjaya mengatasi keaibannya [mu’aalajatul ‘uyuub]. Kita, manusia biasa tidak akan terlepas daripada kelemahan dan wajib ke atas kita mengatasi kelemahan itu. Daripada kelemahan tersebut adalah TABIAT LAMA yang tak mampu diubah dan kelemahan apabila behadapan dengan SUASANA BARU. Jom kikis kelemahan yukk !!

Kegiatan sehingga kini, misi kedua LifeLine4Gaza ini akan diteruskan lagi. Kutipan sumbangan sedang dan akan dijalankan. Khabarnya mereka akan berlayar buat kali keduanya pada Mei 2011

jom derma ! saham untuk akhirat

Nota 1 : Terbukak page LL4G dan nampak artikel ini. Sangat mengetuk diri. dalam artikel ini menceritakan seorang warganegara Amerika berketurunan Turki berumur 19 tahun Furkan Dogan ditembak sebanyak 5 kali dari jarak 45 sentimeter. Dan kini ayahnya sekarang menggesa U.S., menuntut keadilan untuk mendiang anaknya itu atas kelancangan israel. Cerita selanjutnya di sini. Another story ; Gaza inspire Furkan and all of us. Remembering Furkan Dogan

Nota 2 : Catatan dari Mavi Marmara pengalaman Dr.Arbaai di sini

Nota 3 : Artikel di ms.langitilahi sebelum ditutup. jom marathon baca! di sini, sini dan lagi dan lagi

Nota 4 : ini video Israel Defend Forces. Macam-macam la diorang provoke. channel itu dimiliki oleh IDF. JANGAN TERTIPU!! They were only injured but don’t ever been killed.

Nota 5 : Wawancara bersama Iara Lee daripada Cultureofresistance.org

the baby is here..

Nota 6 : Boikot ekonomi itu perlu. tapi boikot hedonisme, boikot hollywood itu mesti ! [SOLUSI ISU NO 5, m/s 22-23 ]

Nota 7 : Kenali 9 syuhada’ mavi marmara

Terkini !!

 

Told Me to Be Strong

Apabila muda mudi bertanya soalan paling famous “boleh tak ber’couple?’ ” dan seorang ulama’ menjawab “can you imagine if Rasulullah ber’couple’? ” betapa halusnya jawapan beliau – pak cik RB, SCBW

[sempena Hari Lahir Manusia Teragung yang turut jatuh pada Valentine’s Day]

nota 1 : banyak lagi sunnah baginda yg boleh kita buat, tak payah buatlah benda-benda yg baginda tak suruh tu
nota 2 : Allah, sudah kurang selawat pada baginda. Moga peringatan hari ini mengetuk hati-hati yang alpa. Moga tak tergolong dalam golongan yang hanya mengingati baginda secara bermusim
nota 3 : Need to finish his long life-journey story..
nota 4 : doa Abu Umar

Ya Allah

Aku ingin benar-benar cinta pada dia yang telah mengorbankan semuanya untuk kami menjadi hamba Mu, Dia yang darahnya mengalir membasahi bumi Mu demi kebahagiaan kami disisiMu juga dia yang menyebut-nyebutkan kami disaat sakitnya sakaratul maut. Dia yang memanggil kami Ummati! Ummati! Ummati!.

sambungan kisah ini , Mari Mengenal Baginda di sini

 
Leave a comment

Posted by on February 15, 2011 in Sejarah Teragung, sharing is caring

 

Be Grateful

 

be humble

Selalunya apabila kita melakukan sesuatu memang kita harapkan hasilnya kan? Apabila kita memberi, sejuk hati mendengar “terima kasih”. Apabila kita berzikir, apabila kita berpuasa sunat, membaca al-Ma’thuurat dan macam-macam jenis lagi ibadah khusus ataupun umum, pasti kita mengharapkan fadhilat, pasti kita harapkan balasan baik daripada apa yang kita kerjakan. Apabila kita study sungguh-sungguh, pasti kita mahukan kejayaan yang paling cemerlang, betul kan?

Apabila semua yang kita impikan sebelum melakukan sesuatu itu, Allah takdirkan tak jadi kenyataan. Apabila semua yang kita harap-harapkan itu memang tak menjadi kepunyaan kita, apa perasaan? No words to say, everyone knows the answer.

Hanya satu konklusi yang dapat saya simpulkan, siapa yang tentukan takdir kita? siapa yang beri natijah kepada kita? Itu semua milik Allah, sudah tercatat dalam Luh Mahfuz bahawa itulah yang akan terjadi, itulah ketentuan hidup kita.

Kita hamba, Dia tuhan. Kita sembah, Dia balas. Kita mintak, terpulanglah Dia mahu beri atau tak. Sebab apa? Sebab Dia itu  Tuhan, bukan kita Tuhan nak tentukan takdir-takdir kita. Bukan Dia yang akan ikut arahan kita, ikut permintaan kita.

Orang akan tanya, dah tu kenapa penat-penat buat kerja ni? Kenapa penat-penat puasa sunat? Jawapannya kerana aku mahu bersyukur, full stop. Aku mungkin lupa bersyukur dengan lisan, maka bekerjalah dengan rasa bersyukur. Tanda terima kasih kita kepada Tuhan yang kita selalu lupa, walaupun Tuhan tak pernah lupakan kita.

Namun tidak langsung saya nafikan firman Allah dalam surah An-Najm ayat 39

Dan bahwasanya seorang manusia tiada memperoleh selain apa yang Telah diusahakannya

Bekerjalah walaupun hasilnya tidak semaksimum yang kau impi-impikan. Berehat  tidak sama dengan berhenti.

Need to stop. Places to go,works to do, things to be solved.

Nota ¬†1 : Kepada penduduk Iskandariah, sila berhati-hati di musim angin kuat ni. Sudah ada yang terkorban. Nak tau klik sini. ¬†Apakah ini bala’ atau …

Nota 2 : Guruh di sini, tengkujuh di sana. Moga aman semuanya

Nota 3 : Dah hijrah ke belum?

Nota 4 : Terima kasih atas doa-doa itu, tapi butuhin nya lagi. Jom jangan putus doa. Sama-sama doa yuk!

Nota 5 : Siapa kau? Jom cari diri

Nota 6 : Jauhilah apa-apa jenis zina sekalipun. Tips atasi zina hati. Dan ini yang paling penting : Nota  tarbiyah..

 
2 Comments

Posted by on December 12, 2010 in Cerita Hati, sharing is caring