RSS

Category Archives: Medicines

Tourette Syndrome, Penyakit Kenan

How Tourette Syndrome Made Me The Teacher I Never Had

How Tourette Syndrome Made Me The Teacher I Never Had

Growing up with TS is never easy. It is important for people to understand that TS is not a behavior problem. It is a neurological disorder.
The people who have tics don’t choose to do them.
They don’t want to do them.
The hardest thing about living with TS is ignorance; it is the people who don’t know and those who don’t want to know.
Once others are educated, it makes those with TS feel a lot more at ease.
Also note that not everyone with TS curses. It is a bad stereotype that Hollywood has given the condition. The fact is that fewer than 10 percent of those with TS have this cursing which is called corporlalia.

Novel Front of The Class

Dipetik daripada novel hasil karya Brad Cohen, yang mana buku ini menceritakan kisah benar yang berlaku kepada beliau sendiri dan perjalanan hidup yang dilalui beliau. Sindrom tourette yang dialami bisa membuatkan beliau lemah semangat untuk ke sekolah kerana menjadi mangsa buli dan tidak disukai oleh guru-guru dengan kelakuan yang dikatakan menjengkelkan itu. Keadaan diburukkan lagi apabila ayahnya tidak dapat menerima kenyataan dengan penyakit yang dihadapi oleh anak lelakinya itu.

Tetapi kelakuan yang tidak mampu dikawal yang mana kadang-kadang berbunyi seperti anjing menyalak disertai pergerakan-pergerakan yang agak pelik itu tidak mematikan semangat beliau untuk berjaya. Malah beliau mampu menjadi diri sendiri dan mencapai impiannya untuk menjadi seorang pendidik kepada anak bangsa.

Ini adalah Tourette Syndrome

Sindrom ini adalah keadaan di mana ada sedikit masalah di otak dan saraf lalu menghasilkan bunyi-bunyi pelik dan gerakan-gerakan luar kawal. Keadaan ini tidak mampu dikawal oleh pesakit tersebut. Namun, beliau masih boleh hidup seperti manusia biasa. Penyakit ini tidak berjangkit dan apa yang mereka perlukan hanyalah penerimaan masyarakat sekeliling tentang itu hanya sedikit refleks yang dialami oleh mereka sepertimana manusia biasa tidak mampu menahan untuk bersin.

Dan saya menyarankan kalian menyaksikan filem ini, yang diadaptasi daripada novel Front of The Class.

front-of-the-class

A very very very inspiring movie.

“What can I learn from this Tourette syndrome?”

And his very cute pupils replied,
” You learn to keep going ”
” You learned not to let it stop you ”
” You learned not to let it win ”

” Can you frame that words to show until Monday? ” 😀 🙂

Semoga ini dapat membantu masyarakat sekeliling memahami keadaan mereka anak-anak anugerah Allah ini, dan tidak membalas kelakuan anak-anak dengan memarahi dan mengherdik mereka.

Di sini link artikel ustaz HASRIZAL tentang sindrom ini, namun tidak dapat diakses daripada blog beliau sendiri. KLIK DI SINI. Moga beroleh manfaat.

Advertisements
 
Leave a comment

Posted by on December 30, 2012 in Erti Kehidupan, Medicines

 

Kertas Putih Itu

Bismillahirrahmaanirrahiim
Dengan nama Allah saya mulakan

Muhammad Al-Amin saw bersabda ” Setiap anak yang dilahirkan itu adalah umpama kain putih (fitrah), ibu bapalah yang bertanggungjawab mewarnakan dan mencorakkannya, sama ada menjadi Yahudi, Nasrani dan Majusi … [Bukhari dan Muslim]

“Prof Dr Muhaya berkata ” Kanak-kanak bawah 6 tahun ni, otaknya akan install semua yg dia nampak, yg dia dengar. download tu laju je. jadi marilah kita download’kan yg bersih semata-mata untuknya ”

Ibnu Abbas meriwayatkan bahwa Rasulullah bersabda, “Ajarkanlah kepada anak-anak kalian pada permulaan bicaranya ucapan ‘laailaha illallah’ dan ajarilah ia agar di akhir hayatnya mengucapkan ‘lailalaha illallah’.”
sumber : http://halaqahkeluarga.wordpress.com/2012/02/22/islamic-parenting-usia-0-3-bahagian-6/

semoga Iffah jadi anak solehah ya pada abi, pada ummi, pada makcik-makcik dan pakcik-pakcik yang selalu main dengan Iffah, pada masyarakat, pada ummah dan pada Islam.

Biar jadi macam Umar yang soleh ini.
” Umar sekarang selalu nyanyi “ Mandi kerana Allah, makan kerana Allah, tidur kerana Allah, pakai baju kerana Allah, BO kerana Allah … ”
sumber : http://ourkhalifatullah.blogspot.com/2012/04/umar-first-sport-day.html

Wahai ibu, wahai bapa. Kalianlah yang mencorak kami.
Juga kepada bakal-bakal ibu dan bakal-bakal bapa. Kalian hari ini adalah kami pada masa hadapan.

dan saya akhiri post anak kecil yang comel ini dengan gambar yang paling comel dan pesanan daripada Abu Saif.

Kanak-kanak hanya beberapa tahun di peringkat usia.
Anak-anak, semenjak lahir, selagi hayat dikandung badan.
Semasa mereka comel, mereka anak-anak.
Semasa mereka kanak-kanak, mereka anak-anak.
Semasa mereka remaja, mereka anak-anak.
Semasa mereka dewasa, mereka anak-anak.
Semasa mereka menjadi ibu bapa kenapa anak-anak pun, mereka masih anak-anak.

sumber : http://saifulislam.com/?p=11411

Nota 1 : Kepada ibu-ibu dan bapa-bapa muda. Tolonglah! Tolonglah tambah ilmu keibubapaan anda. Kasihanilah anak-anak itu apabila ibu-ibu hanya mampu melahirkan, tapi tidak tahu nutrisi terpenting untuk mereka, tidak tahu kepentingan sinaran cahaya matahari untuk anak-anak yang baru lahir. Ya, saya kasihan melihat mereka sepanjang di round Paediatrics sebulan lalu.

Nota 2 : Namun, arahan Allah ini adalah yang lebih penting. “Wahai orang beriman, selamatkanlah diri kamu dan ahli keluarga kamu dari api neraka.” At-Tahrim : 6

Nota 3 : Motivasi untuk bapa-bapa. klik sini

Nota 4 : Allahumma baariklana fi Rajab wa Sya’ban waballighna Ramadhan

 
Leave a comment

Posted by on June 28, 2012 in Erti Kehidupan, Medicines

 

And The Struggle Continues

Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah

Fuh, selesai sudah program transisi kepimpinan Perubatan Cawangan Iskandariah 2011. Sekarang, sila bekerja keras untuk exam microbiology esok.

jom belajar kitaran hidup chlamydiareally, it is not a flower. it is a bacteria. please avoid it

Baru-baru ini Allah beri saya lalui dua fasa yang berbeza. Satu, fasa yang sangat-sangat lapang. Permulaan semester, tiada kelas praktikal, lecture pulak semuanya intro. Dua, diberi taklifan untuk menguruskan, melancarkan perjalanan program transisi kepimpinan PCI. Oh, waktu tu baru nak menyesal banyaknya masa lapang yang disia-siakan. Walaubagaimanapun, sejuta syukur saya hulurkan kepadaNya kerana dengan itu baru saya betul-betul hargai dan nikmati waktu-waktu yang sedikit lapang di celah-celah kesibukan. Alhamdulillah ya Allah. Biarlah waktu itu waktu yang lebih saya hargai, biarpun sibuk biarpun sempit asalkan diisi dengan perkara yang bermanfaat untuk Islam, tak dibazirkan untuk perkara-perkara picisan semata.

Benarlah sabda baginda

“ Ada dua nikmat, di mana banyak orang yang tertipu dengan keduanya; nikmat sihat dan waktu lapang ”
(H.R Bukhari dari Ibnu Abbas)

Kepada seluruh ahli jawatankuasa program transisi kepimpinan PCI 2011 ini, jutaan terima kasih diucapkan kerana bersungguh-sungguh melaksanakan amanah kalian. Moga Allah redha

pseudoMTC

Tertarik dengan kata-kata presiden PERUBATAN pusat saudara Syafiq Hamdani

Kalian yang memilihi barisan-barisan ahli jawatankuasa tertinggi PCI, tidaklah terus terlepas tanggungjawab anda. Seharusnya andalah penggerak agenda, sepatutnya anda membantu mereka

Tarbiyah itu perlu ada dalam setiap penjuru, setiap inci ahli PERUBATAN, supaya lahir Muslim profesional kelahiran universiti dari tanah anbiya’ ini

Alhamdulillah, digelar pelajar proaktif, hasil undian daripada sahabat-sahabat satu batch. Terima kasih kepada kalian. Namun, setelah direfleksi, itu sebenarnya hanya sekadar penilaian manusia. Lama diri ini memikirkan apakah maksud proaktif. dihitung-hitung, disemak-semak banyak lagi hak-hak Allah yang tak tertunai, hak-hak Rasulullah, hak-hak Islam, keluarga bahkan manusia di sekeliling saya yang belum tersempurna dilaksanakan. Belum proaktif lagi saya dengan Allah, dengan study. Astaghfirullahal’azhiim.

Seronok dapat kenal Nihal dan sembang dengan kak Oney. Dapat jugak peluang dengar bicara presiden perubatan 2011/2012. 

Nota 1 : Sahabat saya dalam kesusahan. Saya doakan kamu ya dan Allahlah sebaik-baik penolong.

Nota 2 : As the title said ; and the struggle continues

Nota 3 : Takziah dan takziah dihulurkan kepada pemegang-pemegang amanah Allah itu. Selamat menjalankan tugas. Tsunami visi, revolusi aksi

Nota 4 : Saya suka pandangan kak Ami Farhani ini. Nak baca? Klik sini

 
2 Comments

Posted by on April 15, 2011 in Medicines, sharing is caring