RSS

Dia tetap di situ…

16 Jun

where am i right now? where are u too?

Bismillahirrahmaanirrahiim

Hari ini

Hari untuk saya menghitung-hitung hari yang berbaki
menghisab amalan
melihat masa lalu
merancang masa depan

Kerana hari itulah seorang ibu bersabung nyawa selepas 9bulan setengah menanggung segala komplikasi membawa satu nyawa di dalam rahimnya
dan  hari itu juga Allah membenarkan nyawa yang telah ditiupkan roh ke atasnya untuk keluar melihat dunia.

Seharusnya pada hari ini saya berterima kasih sebanyak-banyaknya kepada ibu saya. Kalau bukan kerana dia yang menanggung keperitan, menempuh kesulitan, maka tiadalah saya hari ini.

Dan seharusnya juga saya bersyukur seinfiniti syukur kepada Yang Maha Pencipta, kerana Dialah yang mentakdirkan saya dapat hidup di dunia ini, menghirup udara bersih di mana saya berada sekarang.

Sudah 21 tahun berlalu
Apa yang sudah saya buat?
Sudah cukup hambakah saya?
Sudah cukup anakkah saya ?
Sudah cukup pelajarkah saya?
Sudah cukup sahabatkah saya?

Seorang teman pernah berkata

” Makin lama kita hidup ni, makin banyak hak Allah yang perlu kita tunaikan”

Apa maksudnya tu?

” Kearna makin bertambah usia kita, makin lama kita hidup, lebih banyak nikmat yang kita kecapi. maka, banyaklah nikmat yang perlu kita syukuri, banyaklah ibadah yang perlu kita tingkatkan “

Ya, sangat setuju dengan kata-kata di atas.

Biarlah kali ini saya tujukan post ini untuk ibu saya. Sebenarnya tiada ayat yang mampu menggambarkan ibu itu. Walaupun dia bukanlah ibu yang terhebat di dunia, namun biarlah saya katakan dia antara ibu-ibu yang terhebat. Setiap kali saya telefon, jarang saya dapat bersembang lama seperti orang-orang lain. Kerana setiap kali itulah, dia sedang memandu untuk membantu manusia-manusia lain memahami erti islam sebenar, acap kali waktu saya call memang waktu itu dia sedang memandu, sehinggakan pernah sekali dia suruh saya stop perbualan kerana mahu tukar gear😦 . Sewaktu ibu-ibu lain sibuk berfb, waktu itulah dia bermesyuarat, waktu ibu-ibu lain sibuk mencuba resepi-resepi baru, waktu itulah dia sedang berbincang untuk masa depan anak-anak harapan, dan saya terpaksa menghentikan perbualan telefon.

la ridhaaillahi illa fi ridhaail waaliadaiini

Waktu ibu-ibu lain tidak membenarkan anak perempuannnya keluar rumah, namun anak perempuannya itu dibenarkan berkelana walaupun berseorangan dari timur hingga ke utara malaysia. Kerana dia tahu ke mana anaknya itu keluar.  Dan dia serahkan anaknya itu kepada Allah kerana dia yakin bahawa Allahlah yang akan menjaganya, memelihara keselamatannya.

Sungguh saya masih ingat waktu itu, epidemik H1N1, dia tetap membenarkan saya keluar tetapi diarahkan anaknya ini memakai ‘mask’. By hook or by crook, sebelum naik bas, dari satu farmasi ke satu farmasi mask dicari, banyak yang dah habis stok, akhirnya alhamdulillah ada jugak mask di farmasi seterusnya🙂 . Beli jugaklah walaupun mahal.

Satu ketika, saat melihat ibu berehat selepas kepenatan, saya berkata kepada diri sendiri “Adakah aku juga begini nanti? “. Saya tahu dia penat, saya tahu dia juga tahu. Tapi ibu tetap melaksanakan amanah Allah, dalam kepenatan, dalam kelesuan. Selagi tenaga masih bersisa, selagi waktu masih ada😦. Aku bersaksi ya Allah, dia terus menerus berkerja untukMu😦.

Sesungguhnya apabila kamu sangat-sangat mengasihi ibu bapamu kerana sayangnya mereka kepadamu, ketahuilah bahawa kasih sayang mereka itu adalah percikan daripada kasih sayang Allah. Maka sayanglah kamu kepada Allah lebih daripada kamu sayangkan ibu bapamu. Kalau susah sangat nak rasa sayang pada Allah, ingatlah kasih sayang ibu bapamu itu, dan ketahuilah kasih sayang Allah adalah lebih besar bahkan lebih besar dan lebih luas daripada kasih sayang mereka.

Dia tetap di situ, meneruskan kerja-kerja yang mulia itu. Namun sudahkah saya bersungguh-sungguh sepertinya?😦 Rabbi yassir wala tu’assir. Moga Allah limpahi seluruh rahmatnya dan kasih sayangnya kepadamu. Amin

Nota 1 : Menangis baca cerita ibu hebat ini. Di sini. Moga kalian mendapat manfaat.

 
Leave a comment

Posted by on June 16, 2011 in Cerita Hati, Erti Kehidupan

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: