RSS

Monthly Archives: April 2010

Sayang tak adik beradik kamu? cakap sayang…

Menjejak kembara Palestina melalui maya, sentiasa membangkitkan rasa sayu dihati, kadangkala geram pada diri sendiri kerana tidak mampu membantu mereka secara langsung. Semangat mereka mengalahkan kita yang hidup dalam keadaan aman. Walaupun dihujani peluru, peribadi yang lahir dari tanah itu jauh berbeza dari tempat kita. Setiap hari akan lahir puluhan malahan ratusan hafiz Al-Quran. Kita pula masih merangkak mahu membaca Al-Quran apatah lagi menghafal. Bukan mengecilkan potensi tapi mahu menjentik diri untuk terus melangkah beribu tapak ke hadapan.

“Perjuangan kami bukan hanya sekadar ingin memerdekakan sekeping tanah, tetapi untuk memandu kebangkitan umat Islam semula dan meninggikan syiar Islam di muka bumi ini.” – Khalil Ismail al-Haya ketika mengunjungi Malaysia pada tahun 1998

Besar nilai sebidang tanah itu. Bukan hanya milik mereka. Milik kita yang mengaku saudara. Siapa kata kita tidak boleh melakukan apa-apa. Kita tidak harus kecut dengan ancaman zionis durjana. Doa dan sumbangan kita masih belum terlambat untuk mereka. Dilihat masih ada saluran untuk terus menyumbang. Benarlah kita bersaudara. Cubit paha kanan, paha kiri terasa. Ayuh buktikan kita saudara mereka!
Kempen Lifeline 4 Gaza, Ayuh Sahut!

Alhamdulillah, semangat kental saudara Islam diluar Palestina mengubat hati ini. Sesungguhnya kita bukanlah diikat dengan semangat bangsa tapi atas dasar akidah yang satu. Mampu terukir senyuman dibibir yang lesu. Setidaknya kita mampu melakukan sesuatu dari tunduk kecut berhadapan dengan taghut. Dan saat ini, sungguh saya terasa bersyukur, masih ada ruang dan harapan. Janji Allah pasti.


Tahukah anda ketika ini, sebuah kempen sedang dijalankan hampir di seluruh dunia. Para sukarelawan sedang rancak mempromosikan Kempen Konvoi Talian Hayat Gaza (Lifeline 4 Gaza) di merata tempat termasuklah di Amerika, United Kingdom, Ireland, Greece, France, Germany, Indonesia, Malaysia, Brunei dan Venezuela. Turut dicatatkan di laman web Lifeline4Gaza mengatakan 42 negara menjayakan projek mega ini. Hatta di akhbar Malaysia juga tidak lepas membicarakan isu ini.

Kempen Lifeline 4 Gaza merupakan misi keempat dalam menerobos tembok besar Gaza. Kempen ini adalah rentetan daripada misi-misi sebelumnya. Misi pertama adalah pada tahun 2006. Misi kedua adalah pada Julai 2009. Manakala misi ketiga telah berjaya sampai di Gaza pada 6 Januari 2010 setelah memulakan misi ini pada 6 Disember 2009. Bahkan setiap misi ada ujian dan rintangannya tersendiri. Moga misi ini dipermudahkan Allah.


Justeru Konvoi talian hayat Gaza (Lifeline 4 Gaza) adalah bukti kecintaan kita pada bumi Palestina. Misi ini akan diketuai oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) antarabangsa Turki, Foundation for Human Right & Freedom & Humanitarian Relief (IHH). Misi kali ini adalah misi pertama menggunakan jalan air melalui Laut Mediterranean sehingga ke perairan Gaza. Misi ini juga merupakan konvoi yang terbesar dengan kapasiti 10 000 penyertaan dan sebanyak 20 kapal yang akan berkonvoi dengan kutipan sumbangan yang disasarkan sebanyak RM10 juta. Apa yang menarik adalah misi ini akan diketuai oleh Perdana Menteri Turki sendiri, Recep Tayyip Edrogan. Justeru kelantangan seorang pemimpin itu sangat perlu untuk menegakkan kebenaran. Moga akan lahir ribuan pemimpin sebegini.

Hulurkan bantuan

Justeru bagi pembaca yang ingin turut serta menyumbang buat teman kita di Gaza, kalian bolehlah berbuat demikian dengan memasukkan wang ke dalan akaun Lifeline 4 Gaza dengan butiran di bawah :

Nama akaun : “TABUNG PALESTIN HALUAN”

Nombot akaun : 5-644-902-085-28

Bank : Maybank Berhad

Ikuti perkembangan Lifeline 4 gaza di laman web rasmi mereka dan di Facebook fan Page

–> dikopi dari sinar_islami, dipasta di sini =)

 
3 Comments

Posted by on April 23, 2010 in 1

 

Hambakah aku?

Kenapa hamba?

sudah ditetapkan sejak azali lagi, setiap manusia yang dilahirkan itu dari mula bernafas sehingga ke akhir nafas, dia itu hanya seorang hamba. hanya seorang hamba. hamba kepada tuhan. hamba kepada yang mencipta langit. hamba kepada yang berkuasa mematikan, yang berkuasa menghidupkan.

tidaklah kita dilahirkan untuk menjadi rakyat kepada Allah. tidak diberikan kuasa kepada manusia itu untuk mengundi siapakah yang akan dicalonkan menjadi tuhannya. tiada pilihan mutlak untuk berdemonstrasi memenangkan bakal tuhan itu

tidak dilahirkan manusia itu sebagai seorang pegawai kepada tuhan untuk memerintah siapa-siapa sahaja menjadi tuhannya, siapa-siapa sahaja menjadi malaikatnya, siapa-siapa sahaja menjadi rasulnya. kita ini hamba.

tidaklah kita dilahirkan menjadi seorang anak kepada Allah. anak itu boleh memilih hendak ingkarkah atau taat kepada tuannya. tidak wahai saudaraku

tidak juga dilahirkan sebagai seorang pelajar kepada Allah. dipilih-pilihnya subjek yang menyembahNya atau tidak

diarahkannya kita untuk berdiri, kemudian tunduk  separuh tubuh, kemudian bangun kembali, kemudian bersujud sebanyak 5 kali sehari. bahkan sebelumnya disytiharkan arahan itu, diarahkannya kita melakukannya 50 kali sehari. kerana apa semua ini?

kerana kita telah dilahirkan menjadi hamba.

HAMBA kepada ALLAH. “dan tidak AKU ciptakan jin dan manusia melainkan hanya untuk menyembahKU” ; 51 : 56.

hamba itu banyak tuntutannya kepada tuannya. hendaklah dia patuh kepada tuannya 24 jam setiap minggu sehinnga hembusan nafas terakhirnya.

Urgensi seorang hamba

apabila kamu bergelar hamba, patuhlah kepada yang memiliki kamu. sesungguhnya dia itu adah sebaik-baik pemilik berbanding pemilik-pemilik lainnya. pemilik-pemilik lain mengarahkan hamba itu dan ini untuk kepentingam mereka, tetapi pemilik yang satu ini mengarahkan hamba-hambaNya adalah untk kebaikan mereka sendiri

Dan barangsiapa yang berjihad, Maka Sesungguhnya jihadnya itu adalah untuk dirinya sendiri. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kaya (Tidak memerlukan sesuatu) dari semesta alam  : Al-Ankabuut ; 6.

Dia itu sebaik-baik pemilik, Dia memberi hadiah jika hambaNya melaksanakan apa yang diarahkan, bahkan walau dengan bniat sahaja sudah dia balas walaupun belum sempat melakukan. apatah lagi jika dilakukan? berlipat kali ganda lagi jika kamu memang melakukan.

jika hamba itu tidak melaksanakan bahkan melakukan apa yang dia benci tidak akan dibalsnya selagi dia belum melakukan. subhaanallah, tak nampakkah pemurahnya dia?

banyakkan mengingati si pemilik itu. untuk apa? sebab bila kita ingat sahaja pemilik ni, ketenangan akan datang ke lubuk hati si hamba. tapi dengan syarat, hamba yang benar-benar hamba itulah yang akan beroleh ketenangan itu. tak mahukah kita? semua orang mencari ketenangan hari ini. semua orang mencari kebahagiaan hari ini, tapi kita? dengan menjadi hamba ketenangan itu akan datang kepada kita jika kita adalah sebenar-benar hamba = hamba yang beriman. kalau pemilik hamba-hamba yang lain, kalau difikirkan bertambah runsing jadinya, bukan bertambah tenang.

hamba itu kerjanya hanya melakukan arahan tuannya, tidak dia punya kuasa mahu merungut-rungut akan perintah. tidak dia mampu menahan akibat yang bakal ditanggung jika mengingkari si tuan itu. patuh saja, tak payah banyak soal.

Jom refleksi diri

hamba jenis apakah kita ini?

hamba yang bersyukurkah? atau yang tidak menghargai? hamba yang tidak sedar dirikah? sedar tak diri kita ni hamba?


suka doa Ummu Anas

“Ya Allah! Setiap apa yang aku perolehi dari apa yang aku cintai, jadikanlah ia kekuatan yang Engkau redhai. Setiap yang Engkau singkirkan daku dari apa yang aku cintai, jadikanlah ketenangan dalam hatiku.
Ya Allah! Jadikanlah cinta ku kepadaMu menguasai seluruh yang aku cintai.
Dengarlah permohonan hambaMu wahai Yang Maha Mendengar. Amiin.”

Nota 1 : sedar diri sendiri ye.. tanah lumpur je kita ni.. ditiupkan roh, jadi hamba pulak

Nota 2 : indah bahasa Arab di situ. adanya istithna’ = pengecualian dalam ayat 56 surah ke 51. tidak dan kecuali. maksudnya hanya satu-satunya tujuan manusia dan jin itu dicipta untuk menyembah Allah. boleh faham ke? nakkan penjelasan lanjut sila komen..

 
4 Comments

Posted by on April 13, 2010 in Cerita Hati