RSS

Category Archives: free filistine

Mahu juga menjadi sepertinya…

Mereka bertemu mereka di sana

Mereka bertemu mereka di sana

Mahu juga berada di sana

Mahu  juga menjadi sepertinya

Mahu juga menjadi sepertinya

Furkan Dogan
20/10/1991 – 31/5/2010

Nota : Happy Birthday Ummi!

Advertisements
 
Leave a comment

Posted by on January 15, 2013 in free filistine

 

Ole ole…

Hari ini 29 jun
hari ini sehari sebelum exam subjek anatomy 😦
hari ini hari rabu
hari lahir seseorang, mungkin
hari mati seseorang, mungkin

Bagi sesetengan orang hari ini mungkin hari biasa. Hari-hari biasa yang berlalu dalam secebis kehidupan manusia.

Bila 31 Ogos, semua ingat sejarahnya.
bila 16 september, semua tahu kenapa
bila 12 rabi’ul awal, semua pasti tahu
bila 1 ramadhan, semua tahu kena buat apa
bila 1 syawal, tak payah tanya apa tu?

Namun, ramai yang lupa hari ini adalah hari ulangtahun perjalanan seorang hamba Allah dari satu tempat ke satu tempat di bumi, dan dari bumi itu ke langit yang tujuh.

Hari ini 27 rejab

Saja mahu kongsi di sini. sangat menarik. sejauh mana kita hargai ole-ole yang rasulullah bawa hasil dari pertemuan dengan Kekasihnya yang Maha Agung. Petikan dari http://muchlisin.blogspot.com/2011/06/oleh-oleh-utama-isra-miraj.html

27 vs 1

Beruntunglah orang-orang yang kekasihnya kembali dari perjalanan panjang, lalu ia mendapatkan oleh-oleh istimewa. Sepanjang sejarah manusia, tak pernah ada perjalanan yang lebih panjang jaraknya melebihi isra’ mi’raj. Tiada pula oleh-oleh yang lebih istimewa daripada oleh-oleh utama perjalanan spiritual itu. Maka, tidak ada orang yang lebih beruntung melebihi mereka yang mendapatkan oleh-oleh utama isra’ mi’raj itu lalu menikmatinya.

Shalat lima waktu adalah oleh-oleh utama isra’ mi’raj. Bahkan, banyak orang yang hafal bagaimana perjuangan Rasulullah mondar-mandir dari langit keenam ke Sidratul Muntaha dan sebaliknya; demi mengurangi jumlah kewajiban shalat untuk umatnya. Perjuangan itu akhirnya berhasil, umat Muhammad hanya diwajibkan shalat lima waktu, dari lima puluh waktu sedianya.

Oleh-oleh utama isra’ mi’raj itu dibagikan begitu saja oleh Rasulullah SAW kepada seluruh sahabatnya. Semua kebagian, semua mendapatkan. Lalu semua menikmati. Sebab mereka sadar ini bukan oleh-oleh biasa. Ini adalah metode Rabbaniyah bagi manusia untuk berhubungan dengan Rabbnya. Saat-saat khusyu’ dalam shalat menjadi saat-saat paling nikmat dalam kehidupan para sahabat. Saat-saat khusyu’ dalam shalat lima waktu merupakan saat-saat yang paling mereka rindu. Mereka begitu menikmati oleh-oleh isra’ mi’raj itu.

“Apabila Abdullah bin Az-Zubair sudah mendirikan shalat,” tutur Ibnu Qudamah dalam Mukhtashar Minhajul Qashidin, “maka seakan-akan ia adalah sebatang pohon, karena khusyu’nya. Saat dia sujud lalu ada beberapa ekor burung yang hinggap di punggungnya, maka hal itu tak membuatnya terusik.”

Ali bin Abu Thalib tak kalah khusyu’nya. Ketika suatu saat ia terkena panah, sahabat lain hendak membantunya mencabut anak panah itu. Saat itu belum ada obat bius yang bisa meringankan sakit. Sudah tentu mencabut anak panah akan sangat menyakitkan rasanya. Namun Ali punya kiat tersendiri. “Biarkan aku shalat,” katanya, “ketika aku di tengah shalat nanti, cabutlah anak panah ini. Ia takkan terasa apa-apa.” Begitulah. Sungguh luar biasa.

Sewaktu Rasulullah kembali dari peperangan Dzatur Riqa’, beliau beristirahat bersama seluruh pasukan muslim pada suatu jalan di atas bukit. “Siapa yang bertugas kawal malam ini?,” Tanya Rasulullah.

“Kami, ya Rasulullah!” jawab Abbad bin Bisyr dan Ammar bin Yasir. Mereka lalu membagi jadwal, Ammar bin Yasir istirahat dulu sementara Abbad bin Bisyr berjaga, lalu sebaliknya.

Suasana malam sunyi, tenang, dan angin yang berhembus sepoi serta suara alam membuat Abbad juga ingin menikmati penjagaan itu bersama Rabbnya. Ia pun shalat. Dan dalam sekejap ia telah khusyu’ menikmati berduaan dengan Rabbnya.

Tiba-tiba, dari sebuah arah melesatlah anak panak tepat mengenai Abbad. Abbad mencabut panah itu sambil terus tenggelam dalam shalat. Panah datang lagi mengenai tubuh Abbad, dan ia mencabutnya lagi. Darah telah bercucuran namun Abbad tetap nikmat dalam shalatnya. Kemudian panah melesat lagi mengalirkan darah lebih deras. Setelah mencabutnya, tibalah giliran jaga Ammar bin Yasir. “Bangun, aku terluka parah dan lemas!”

Melihat Ammar bangun, si pemanah segera pergi. Ammar menyaksikan darah Abbad mengucur dari tiga lubang luka. “Subahanallah! Mengapa engkau tidak membangunkan ketika panah pertama mengenaimu?” Tanya Ammar.

“Aku sedang membaca surat dalam shalat. Aku tidak ingin memutuskan bacaanku sebelum selesai. Demi Allah! Kalaulah tidak karena takut akan menyia-nyiakan tugas yang dibebankan Rasulullah, menjaga mulut jalan tempat kaum muslimin berkemah, biarlah tubuhku putus daripada memutuskan bacaan dan shalat.” Subhaanallah. Begitulah generasi sahabat sangat menikmati oleh-oleh utama isra’ mi’raj.

Kini giliran kita. Zaman kita. Oleh-oleh itu tetap ada. Yang menjadi persoalan, apakah kita menerima oleh-oleh itu dengan gembira lalu menikmatinya, atau kita bermuka masam lalu membuangnya. Apakah kita berusaha khusyu’ dalam shalat atau justru menganggapnya sebagai beban.

Oleh-oleh itu tetap ada. Apakah kita akan menjadi kebalikan dari para sahabat Nabi? Mereka tidak merayakan isra’ mi’raj namun begitu luar biasa menikmati oleh-oleh utamanya; sementara kita? Banyak diantara kita yang merayakan isra’ mi’raj tetapi justru terbebani dengan oleh-oleh utamanya. [Muchlisin]

http://muchlisin.blogspot.com/2011/06/oleh-oleh-utama-isra-miraj.html

 

Kami Akan ke Gaza Lagi dan Lagi [updated]

LL4G

Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah. Akhirnya tak lagi dapat yang second hand. Dapat juga mendengar kisah-kisah tragedi 31 mei 2010, cerita di atas kapal Mavi Marmara, cerita ditahan Israel.

Slot selepas subuh itu langsung tak mengundang kantuk. Ketua Misi Kemanusiaan Lifeline4gaza, saudara Noorazman Samsuddin menceritakan saat-saat cemas ketika beliau berada di atas kapal induk dalam misi Freedom Flotilla itu sewaktu israel datang menyerang kapal mereka. Dari jauh kelihatan kapal israel menghampiri kapal-kapal mereka. 2 helikopter, 2 kapal selam, 4 kapal laut dan lebih kurang 10 bot-bot kecil yang membawa komando-komando Israel menyerang hendap kapal-kapal misi Freedom Flotilla tersebut.

Kali kedua menyaksikan video-video itu lebih mengesankan apabila saudara Noorazman menceritakan setiap flow video tersebut membawa diri ini seperti benar-benar berada dia atas kapal tersebut. Pergelutan antara sukarelawan-sukarelawan tersebut dengan musuh Allah terlaknat akhirnya mengakibatkan 9 orang sukarelawan syahid.

Saudara Noorazman menceritakan bahawa antara sukarelawan yang syahid itu adalah kerana mempertahankan satu-satunya bayi di atas kapal itu daripada ditembak oleh komando israel. Bayi kecil yang belum kenal erti hidup itu pun mahu dibunuh? Siapa lagi yang sedang mereka hadapi ketika itu melainkan hanya syaitan yang berkulitkan manusia.

Di atas kapal mavi marmara tersebut pelbagai jenis manusia yang beliau jumpai daripada syeikh yang berjubah yang sehingga tidurnya pun masih berjubah sehinggalah kepada yang bertatu seluruh badan, muslim dan non muslim, Syeikh Raid Sholah, wakil Rabithah ‘Ulama’ Palestin dan seorang ketua paderi.

Namun, sewaktu mereka ditahan israel, hanya mereka yang tidak berbangsa eropah, yang tidak berkulit putih sahaja yang diikat. Tangan mereka diikat ke belakang. Mereka diikat itu dalam tempoh yang lama sehinggakan salah seorang yang diikat itu dahaga, sukarelawan yang tidak diikat itulah yang membantu menyuakan air ke tekak-tekak yang dahaga itu. Kemudian, apabila sukarelawan-sukarelawan yang ditahan itu ingin menunaikan solat dan mereka meminta untuk berwudhu’ israel langsung tak menghiraukan permintaan mereka. Tetapi sukarelawan-sukarelawan yang berbangsa eropah itulah yang menggesa israel, menggesa hak mereka ditunaikan. Subhaanallah. Ya, kita nampak di situ ada KESATUAN, ada PERPADUAN. Ini kerana kami mempunyai MATLAMAT yang SAMA dan MUSUH yang SAMA, tegas beliau.

Yang menarik perhatian saya apabila ada satu slide yang saudara Noorazman tunjukkan. Slide itu memaparkan gambar tentera Israel yang menunggu kepulangan komando-komando Israel, pasukan yang bertugas menyerang misi Freedom Flotilla ini. Tentera tersebut memegang banner yang mengandungi tulisan dalam bahasa Hebrew bermaksud

SHAME ON YOU ! WHY DID YOU KILL SO FEW !!

Jadi, mereka ini sebenarnya mahu bunuh ramai lagi. Bagi mereka 9 orang yang mati itu terlalu sedikit. Allahu akbar..

Menceritakan pengalaman beliau ” Sewaktu dalam tahanan, tentera-tentera israel itu bercakap sesama mereka dalam bahawa Hebrew, langsung tidak kami fahami apa yang mereka borakkan. Mereka hanya menggunakan bahasa Inggeris atau bahasa Arab ketika berbicara dengan kami”. Dengan itu saudara Noorazman menggesa kepada kita agar belajar dan memahami bahasa Hebrew. Hal ini sangat penting kerana kita wajib kenal MUSUH kita, mesti tahu segala yang berkaitan dengan mereka.

Tambahan lagi, ketua sukarelawan Malaysia itu memberi sedikit peringatan apabila beliau mengatakan antara faktor untuk MENANG ialah dengan MENGIKIS KELEMAHAN kita. Kejayaan seorang mukmin itu adalah apabila dia berjaya mengatasi keaibannya [mu’aalajatul ‘uyuub]. Kita, manusia biasa tidak akan terlepas daripada kelemahan dan wajib ke atas kita mengatasi kelemahan itu. Daripada kelemahan tersebut adalah TABIAT LAMA yang tak mampu diubah dan kelemahan apabila behadapan dengan SUASANA BARU. Jom kikis kelemahan yukk !!

Kegiatan sehingga kini, misi kedua LifeLine4Gaza ini akan diteruskan lagi. Kutipan sumbangan sedang dan akan dijalankan. Khabarnya mereka akan berlayar buat kali keduanya pada Mei 2011

jom derma ! saham untuk akhirat

Nota 1 : Terbukak page LL4G dan nampak artikel ini. Sangat mengetuk diri. dalam artikel ini menceritakan seorang warganegara Amerika berketurunan Turki berumur 19 tahun Furkan Dogan ditembak sebanyak 5 kali dari jarak 45 sentimeter. Dan kini ayahnya sekarang menggesa U.S., menuntut keadilan untuk mendiang anaknya itu atas kelancangan israel. Cerita selanjutnya di sini. Another story ; Gaza inspire Furkan and all of us. Remembering Furkan Dogan

Nota 2 : Catatan dari Mavi Marmara pengalaman Dr.Arbaai di sini

Nota 3 : Artikel di ms.langitilahi sebelum ditutup. jom marathon baca! di sini, sini dan lagi dan lagi

Nota 4 : ini video Israel Defend Forces. Macam-macam la diorang provoke. channel itu dimiliki oleh IDF. JANGAN TERTIPU!! They were only injured but don’t ever been killed.

Nota 5 : Wawancara bersama Iara Lee daripada Cultureofresistance.org

the baby is here..

Nota 6 : Boikot ekonomi itu perlu. tapi boikot hedonisme, boikot hollywood itu mesti ! [SOLUSI ISU NO 5, m/s 22-23 ]

Nota 7 : Kenali 9 syuhada’ mavi marmara

Terkini !!

 

Yahudi datang dalam bentuk yang cukup wangi…

Intro dulu..

Apa maksud tajuk di atas ye? Dengar semua baru  faham..

Cerita lanjut dari sini Sehari dan Selamanya Lifeline 4 Gaza ; bersama Dr Syed Haleem, satu coretan peribadi

Dan yang paling menarik dalam komen post tersebut daripada anak saudara Dr Syed Haleem.. baca sendiri =)

Nota 1 : Allahumma baariklana fi Rajab wa Sya’baan waballighnaa Ramadhan.. sudah pun mengambang bulan..

Nota 2 : Apa itu IMAN? nak tau tekan sini ya..

Nota 3 : Sungguh, saya mahu dengar ‘live’…

Nota 4 : Sungguh, di atas kapal itu ada kesatuan hati.. ummah islam ketadusan itu sekarang..

 
Leave a comment

Posted by on June 27, 2010 in free filistine, sharing is caring

 

Tak Mahu Anak-anak Menjadi Anak Yatim

“Bukanlah anak yatim itu anak yang tidak beribu atau berbapa tetapi anak yatim itu ialah anak yang ibubapanya terlalu sibuk”

Ya itulah sebahagian dari kata-kata penyair yang saya tidak ingat sepenuhnya tetapi sekadar itupun sudah cukup untuk menggambarkan pada kita betapa ramainya anak-anak yang membesar dalam keadaan ‘yatim’ hari ini.

Saya selalu mengendalikan program-program untuk ‘pelajar berisiko’. kadang-kadang saya tanyakan pada guru sekolah yang terlibat “Mana pelajar yang paling bermasalah?”. Apabila berkesempatan saya cuba duduk disebelahnya untuk tanya serba sedikit latarbelakangnya.
“Ayah kerja apa?”,
“Ayah berniaga”.
“Ayah sibukke?”
“Sibuk.”,
“Selalu ke jumpa ayah?”
“Jarang-jarang jumpa”

Itulah sedikit gambaran jawapan yang biasa saya terima. Kebanyakan pelajar memiliki background yang sama; ayah sibuk. ibu sibuk…mungkin kerjaya ibubapa mereka berbeza tetapi hakikatnya kedua ibubapa mereka memang sibuk.

Dua hari lepas saya berbual dengan anak jiran yang hampir setiap hari datang kerumah saya (umurnya sebaya anak sulung saya, 9 tahun). Biasanya balik sekolah saja dia akan terus kerumah saya, maghrib balik sekejap kemudian datang semula lepas maghrib untuk mengaji al Quran dan biasanya balik dekat-dekat pukul 10…itupun bila disuruh balik.

“Amin! (bukan nama sebenar) Boleh pakcik sembang-sembang sikit?
Dia mengangguk senyum.
“Ayah Amin kerja kat mana?”
“kerja kat syarikat XYZ”
“Biasa ayah balik pukul berapa?”
“sekarang ni, hari-hari ayah balik pukul satu”
“Satu tengahari? (Saya agak terkejut, ye la kerja apa sekerat hari sahaja)
“Bukan, satu pagi”
“Hari-hari ke?”
“Ya hari-hari”
“Mak Amin kerja jugak ke?”
“Mak kerja kat kedai komputer”
“Kedai komputer sendiri ke mak kerja dengan orang lain” (Kalau kedai sendiri, tentu maknya Businesswomen = busy+ness+woman)
“Kedai mak sendiri”
“Ooo” saya mengangguk, hati saya mula terasa sayu apabila melihat airmukanya mula berubah bila berbincang tentang kerja mak ayahnya.
“Biasanya mak balik pukul berapa?”
“Biasanya mak balik malam, kadang-kadang je mak balik petang”
“Habis tu Amin duduk dengan siapa di rumah?”
“Dengan kak long dan bibi” (kak long tu kakak kembarnya dan kedua-duanya selalu kerumah saya dan jarang berpisah).
“Amin selalu tak rasa sunyi?” Saya mula tanyakan soalan yang menyentuh emosi.
“Sunyi” Jawabnya dengan nada yang agak sedih.
“Kalau sunyi, Amin buat apa?”
“Amin main dengan kak long?”
“Amin rasa sedih tak?” Airmukanya mula berubah.
“Sedih”
“Kalau sedih Amin buat apa?”
“Kadang-kadang Amin telefon mak, tanya mak, bila mak nak balik, mak kata nanti mak balikla”

Itulah sebahagian dialog saya dengan kanak-kanak yang baru berumur 9 tahun. Umur yang memerlukan perhatian dan kasih sayang. Amin mungkin tidak merayau merata kerana hanya ke rumah saya kerana itu saja yang dibenarkan oleh ibubapanya, apabila saya tahu yang dia tak tak tahu baca al Quran maka setiap malam saya minta anak-anak saya mengajar mereka al Quran. Anak lelaki saya ajarkan yang lelaki dan anak perempuan saya ajar kembar perempuannya…kerana isteri saya pun tidak sihat dan saya pun selalu ada program waktu malam. Tetapi bagaimana pula yang anak-anak bebas kemana saja dalam keadaan tidak ada didikan. Cuba banyngkan lagi 8 tahun apabila umur mereka “sweet 17”. Ketika jiwa bergelora, kecenderungan jantina mula aktif…. Adakah kita masih nak menyalahkan remaja-remaja berisiko ini atas apa yang sedang berlaku?

— cerita di atas adalah  Luahan seorang ayah tentang masa depan muda mudi hari ini dan akan datang. anak-anak yang tidak menjadi itu adalah tanda kecuaian si ibu dan bapa.. petikan dari sini klik

memikirkan tentang masa depan. saya tak mahu anak-anak saya nanti menjadi anak yatim.  pernah terfikir bahawa saya tak sepatutnya memilih bidang ini. bidang yang memang orang maklumlah, keluarga akan ditinggalkan, semua akan diketepikan, kerjaya yang diutamakan

Allah knows the best. terus bergerak ke depan. masa depan itu Allah yang tentukan.

nota 1 : cerita di atas adalah petikan dari sini : http://my.opera.com/azmibhr/blog/ratapan-anak-yatim

nota 2 : a medical life. menarik untuk dibaca, sila klik ya

note 3 : teringin juga mendengar bicara doktor hatta tu. bila ya beliau mahu datang lagi

nota 4 : doakan lagi untuk mereka. doa lagi biar Allah hancur lumatkan manusia terlaknat tu, doa qunut nazilah. klik di sini. jangan putus menembak doa. update lagi dan  latest. dan yang paling menarik : seorang lagi kembali kepada fitrah.

nota 5 : perkongsian pengalaman bersama VIVA PALESTINA.

nota 6 : vidoe ini sewaktu rombongan itu di’blocked’ di sempadan mesir. the latest convoy in december 2009.

-min qalbi ila qalbikum. wallahi satuhaasibuuun.

note 6: mungkinkah, ini yang bakal mereka hadapi lagi?

Allah, bantu bapa-bapa kami itu ya Allah…..

 
7 Comments

Posted by on May 28, 2010 in Cerita Hati, Erti Kehidupan, free filistine