RSS

Monthly Archives: October 2009

Berubahlah… ~have to~

from murabbi Abu Umar

 
Leave a comment

Posted by on October 28, 2009 in Erti Kehidupan

 

Perantau ‘2 ’09

Perantau siri 2 ’09

 

Alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah, seinfiniti kesyukuran dipanjatkan atas kurnia anugerahNya yang tidak pernah putus-putus memberikan kasih sayangNya kepada kita tanpa syarat.

berkali-kali diriku memikirkan.. wajarkah daku sekali lagi bermusafir ke wilayah tengah? untuk mengisi hati, menyiram rohani, menyuntik kesedaran diri? untuk kali keduanya menyertai perantau siri 2.. setelah kuhitung-hitung diriku, kukira perjalananku ini benar-benar wajar tambahan lagi dengan hadirnya diri ini mendengar luahan ulama’ palestin, klik

perjuangan ini menuntut pengorbanan dariku

~Menyebarkan dakwah dan fikrah satu tuntutan~

Dakwah dan tarbiya itu adalah amanah yang diamanahkan oleh Allah kepada setiap pengikut2 Rasululah saw. Wajib bagi kita, melaksanakan apa yang telah dilaksanakan beliau 14 abad lampau. Ini adalah fardhu kifayah. Andai tiada yang umum dapat melaksanakan, maka ke atas individual itu hukumnya fardhu ain (wajib).

“Sesiapa yang Allah kehendaki akan mendapat hidayah, Dia akan membukakan dadanya untuk menerima Islam ” Al-An’am-125

Antara tingkatan keutamaan ;

Pertama– fokus kita adalah mengembalikan kesedaran Islam. Tidak kasihankah kita akan mereka yang bergelar muslim tetapi tidak memahami konsep kehidupan muslim sebenar? Di akhirat nanti, mereka akan menuntut hak mereka daripada kita.. “mana hak kami? Seharusnya kamu melaksanakan tuntutan kamu? Kami menuntut hak kami?”. Apa kita dapat jamin akan boleh jawab persoalan2 mereka? Adakah kita pasti kita dapat tunaikan tuntutan mereka di sana nanti. Usahlah berlengah, bekerjalah sekarang. Allah tugaskan kita amanah ini bukan untuk kepentinganNya  malah untuk kebaikan kita, meningkatkan darjat kehambaan kita.

Kedua– sesiapa yang menunjukkan penerimaan kepada Deen. Grab this chance. Pisang tidak akan berbuah 2 kali. Memetik pengalaman Abu Saif dalam saifulislam.com, klik.

Langkah pelaksanaan

Qadhiyah Islamiyah perlu dikaji, difahami dan dilaksanakan dalam amalan , tindakan kita sehari-hari. Kefahaman yang benar pasti akan dibenarkan dengan tindakan, ‘amal qowiy. Jadi, tugas yang tidak pernah berhenti itu ialah

-1) membentuk kefahaman islam yang sebenar. Sebenar-benar kefahaman adalah sangat penting.

-2)membentuk kader-kader islam. Syeikh Al-Imam HAB pernah ditanya mengapa beliau tidak menulis banyak buku? Jawabnya “andai aku dapat mencetak 10 manusia yang peribadinya, cita-citanya sama sepertiku ; itu lebih aku inginkan daripada menulis 10 buku”

Justeru, tugas kita hanya melakukan bukan menyoal dan menetapkan natijah kerana umur dakwah ini bukan umur individu. Umur dakwah ini bukan umur individu.

kami adalah kaum yang dimuliakan Allah dengan Islam, jika kami memilih kemuliaan selain itu maka Allah akan menghinakan kami - Umar Al-Khattab

~Tawazun antara akademik dakwah dan persatuan~

sekali lagi diperingatkan agar kita ambil, kita ceduk dan fahami serta hayati Fikrah Islamiyyah itu perlulah daripada sumber yang benar-benar ‘genuine’

-fundamentals of islam ; abul a’ala al-maududy

-milestones ; syed qutb

-usul ‘isyriin ; IHAB

-madza ya’ni intima’ lil islam ; fathi yakan

Mari menjadi hamba Rabbani. Sifat-sifat yang dimiliki orang yang dekat dengan Allah ; rabbaniyyun :-

-1) Al-Fahmud Daqiiq. Kefahaman yang mendalam, bukan hanya mengetahui apa yang ada di permukaan.

-2) Al-Imaanul ‘Amiiq. Keimanan yang teguh. Hanya orang yang teguh sahaja yang bisa bertahan daripada anasir-anasir yang mengganggu. Semoga tidak menjadi seperti lalang yang akur terhadap tiupan angin.

-3) Al-Ittisaalul Wathiiq. Hati-hati yang mempunyai hubungan terus menerus kepada Allah

 

Keseimbangan dalam semua hal

Antara masalah mahasiswa kini     alim mujahid ~ must be

-PJJ ; percintaan jarak jauh

-Cinta islami

-ghurur ilmu

-rehat D&T

-sibukkan diri dalam persatuan dan abaikan tarbiyah

-jemu dengan tarbiyah

– D&T di sekolah sahaja

-seorang diri ; tiada teman pembimbing (teman yang meningkatkan iman)

Proses tarbiyah yang telah, sedang dan akan dilalui ini mesti diteruskan

Ar-Ra’d – 11 “sesungguhnya Allah tidak akan mengubah kedaaan sesuatu kaum sebelum mereka mengubah keadaan mereka sendiri”.

Perkataan ‘anfusahum’ dalam ayat di atas ; (keadaan mereka sendiri) memberi erti khusus kepada perkataan jiwa-jiwa mereka. Ini bermakna aqidah manusia-manusia hari ini perlu dibangunkan semula. Akar tunjang kepada seluruh perlakuan, seluruh hidup mukmin muslim itu perlu dijernihkan semula dengan aqidah sohiihah.

Ustaz musthofa masyhur dalam tulisan beliau ‘dakwah di alaf baru’ ; pertarungan musuh-musuh islam hari ini untuk merebut apa yang ada dalam jiwa kita. Barat sudahpun menguasai ekonomi, politik dan budaya, akan tetapi mereka belum berpuas hati. Mereka ingin mencabut nilai-nilai yang ada pada umat islam. Apakah itu? Itulah yang disebut Muhammad dalam hadith baginda “sesungguhnya di dalam jasad manusia itu ada seketul darah. Apabila baiknya ia maka baiklah seluruh jasad, apabila buruknya ia maka buruklah seluruh jasad”. Kita perlu jaga sungguh-sungguh hati kita ni. Ini amanah Allah bukan barang permainan, bukan alat suruhan kita untuk disuruh meakukan apa sahaja yang kita mahu.

Strategi

1)bina kekuatan iman

2)kuasai ilmu asas dan kepakaran

-bahasa arab, inggeris dan mandarin

-kuasai Al-Quran dan hadith

-baca, fahami buku-buku fikrah, ilmu tauhid dan fiqh

Matlamat terlibat dalam persatuan

a)untuk tujuan gilap potensi kepimpinan diri

b)dekati adik-adik baru dalam persatuan agar iman dan taqwa terjaga

c)jadikan persatuan platform untuk bangunkan Islam

hidup ini perlu ada tawazun (keseimbangan).

...=)...

Quote from VT, p/s 224 “ Tawazun adalah keseimbangan. Dalam hidup kita, ada banyak perkara yang hendak kita capai. Kita hendak cemerlang di dunia, kita hendak cemerlang di akhirat. Kita ada urusan dunia yang hendak kita kejar, mencarduit untuk makan minum. Pada masa yang sama kita punya tanggungjawab kepada Allah dalam melaksanakan ibadah-ibadah seperti solat, membaca Al-Quran, zakat, bersedekah, puasa. Tanpa bijak menyeimbangkan kedua perkara ini maka kehidupan kita akan hancur,” said Coach Hussam =). SILA BACA



ifthor jamaie di bumi wakafan

cikgu ishak berbicara berkisar tentang Nuzul Quran

semua manusia itu masih lagi bersifat kebinatangan andai mereka tidak melaksanakan erti hidup sebagai makhluk yang ditaklifkan dengan mas’uliyyah KHALIFAH. Manusia itu masih bersifat kehaiwanan andai isi-isi Al-Quran itu masih belum dilaksanakan walaupun dia itu sudahpun khatam berkali-kali pada setiap Ramadhan, walaupun dia itu bergelar seorang tahfiz.

di dataran inilah kami berbuka

hanya sedikit yang sempat kudengar dalam sibuk membantu menyelesaikan urusan-urusan untuk mencapai salah satu kegembiraan bagi hamba-hamba Allah yang mengikat perut, hawa nafsu dan tarbiyah hati…

-sempat kuhadiri beberapa jam sebelum berkelana ke program untuk kami-kami yang merantau…