RSS

Sayang tak adik beradik kamu? cakap sayang…

23 Apr

Menjejak kembara Palestina melalui maya, sentiasa membangkitkan rasa sayu dihati, kadangkala geram pada diri sendiri kerana tidak mampu membantu mereka secara langsung. Semangat mereka mengalahkan kita yang hidup dalam keadaan aman. Walaupun dihujani peluru, peribadi yang lahir dari tanah itu jauh berbeza dari tempat kita. Setiap hari akan lahir puluhan malahan ratusan hafiz Al-Quran. Kita pula masih merangkak mahu membaca Al-Quran apatah lagi menghafal. Bukan mengecilkan potensi tapi mahu menjentik diri untuk terus melangkah beribu tapak ke hadapan.

“Perjuangan kami bukan hanya sekadar ingin memerdekakan sekeping tanah, tetapi untuk memandu kebangkitan umat Islam semula dan meninggikan syiar Islam di muka bumi ini.” – Khalil Ismail al-Haya ketika mengunjungi Malaysia pada tahun 1998

Besar nilai sebidang tanah itu. Bukan hanya milik mereka. Milik kita yang mengaku saudara. Siapa kata kita tidak boleh melakukan apa-apa. Kita tidak harus kecut dengan ancaman zionis durjana. Doa dan sumbangan kita masih belum terlambat untuk mereka. Dilihat masih ada saluran untuk terus menyumbang. Benarlah kita bersaudara. Cubit paha kanan, paha kiri terasa. Ayuh buktikan kita saudara mereka!
Kempen Lifeline 4 Gaza, Ayuh Sahut!

Alhamdulillah, semangat kental saudara Islam diluar Palestina mengubat hati ini. Sesungguhnya kita bukanlah diikat dengan semangat bangsa tapi atas dasar akidah yang satu. Mampu terukir senyuman dibibir yang lesu. Setidaknya kita mampu melakukan sesuatu dari tunduk kecut berhadapan dengan taghut. Dan saat ini, sungguh saya terasa bersyukur, masih ada ruang dan harapan. Janji Allah pasti.


Tahukah anda ketika ini, sebuah kempen sedang dijalankan hampir di seluruh dunia. Para sukarelawan sedang rancak mempromosikan Kempen Konvoi Talian Hayat Gaza (Lifeline 4 Gaza) di merata tempat termasuklah di Amerika, United Kingdom, Ireland, Greece, France, Germany, Indonesia, Malaysia, Brunei dan Venezuela. Turut dicatatkan di laman web Lifeline4Gaza mengatakan 42 negara menjayakan projek mega ini. Hatta di akhbar Malaysia juga tidak lepas membicarakan isu ini.

Kempen Lifeline 4 Gaza merupakan misi keempat dalam menerobos tembok besar Gaza. Kempen ini adalah rentetan daripada misi-misi sebelumnya. Misi pertama adalah pada tahun 2006. Misi kedua adalah pada Julai 2009. Manakala misi ketiga telah berjaya sampai di Gaza pada 6 Januari 2010 setelah memulakan misi ini pada 6 Disember 2009. Bahkan setiap misi ada ujian dan rintangannya tersendiri. Moga misi ini dipermudahkan Allah.


Justeru Konvoi talian hayat Gaza (Lifeline 4 Gaza) adalah bukti kecintaan kita pada bumi Palestina. Misi ini akan diketuai oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) antarabangsa Turki, Foundation for Human Right & Freedom & Humanitarian Relief (IHH). Misi kali ini adalah misi pertama menggunakan jalan air melalui Laut Mediterranean sehingga ke perairan Gaza. Misi ini juga merupakan konvoi yang terbesar dengan kapasiti 10 000 penyertaan dan sebanyak 20 kapal yang akan berkonvoi dengan kutipan sumbangan yang disasarkan sebanyak RM10 juta. Apa yang menarik adalah misi ini akan diketuai oleh Perdana Menteri Turki sendiri, Recep Tayyip Edrogan. Justeru kelantangan seorang pemimpin itu sangat perlu untuk menegakkan kebenaran. Moga akan lahir ribuan pemimpin sebegini.

Hulurkan bantuan

Justeru bagi pembaca yang ingin turut serta menyumbang buat teman kita di Gaza, kalian bolehlah berbuat demikian dengan memasukkan wang ke dalan akaun Lifeline 4 Gaza dengan butiran di bawah :

Nama akaun : “TABUNG PALESTIN HALUAN”

Nombot akaun : 5-644-902-085-28

Bank : Maybank Berhad

Ikuti perkembangan Lifeline 4 gaza di laman web rasmi mereka dan di Facebook fan Page

–> dikopi dari sinar_islami, dipasta di sini =)

 
3 Comments

Posted by on April 23, 2010 in 1

 

3 responses to “Sayang tak adik beradik kamu? cakap sayang…

  1. hoodsunny

    May 7, 2010 at 15:47

    Allah, Kau kurniakan kecemerlangan kpd mereka yg betul² berniat utk meninggikan agamaMu.

    Kau kurniakan kesabaran kpd mereka menghadapi ujian daripadaMu. Sungguh ujian itulah yg menapis, memilih, diantara mereka, siapakah yg layak menempah syurga Mu.

    Allah, terimalah doa ku ini, ameen.

     
    • najiyuddeen

      May 10, 2010 at 06:04

      terharu dengan doa ini

      terima kasih
      moga Allah bantu akak juge

       
  2. sinar

    May 20, 2010 at 05:53

    Salam syumul…
    Palestin issue evergreen…
    tapi shbh2 yang kita ada pun, kena cakna juga kan (^_^)
    bila lah boleh bertemu….
    Apa khbar iman..lama kak sha tak dgr khabar berita adik seakidah ini…
    Moga trus thabat..jangan pernah putus doa agar Allah hidupkan hati kita selalu…
    Uhibbukifillah…

    ps: kak sha tak tau nak shout kat mana…tapi melepas rindu kat entri ini lah..

     

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: