RSS

Salam Terakhir

17 Jan

I

saya : iman. jom pegi library

dia    : ala, tak bawa buku patho lah

saya  : huhu, ok

dia     : mananya syamila, bookmark tu?

saya  : mana? bukan dah bagi ke? -sambil membelek-belek bookmarks yang lain. ya, saya belum bagi lagi- nah!

dia    : terima kasih. -tersenyum dan senyuman itu adalah yang terakhir-

satu hadiah. yang terakhir sempat saya beri. terakhir dalam kehidupannya. terakhir dalam hidup saya bersama dia.

saya  : iman, takpelah pegi dulu ye

bicara terakhir antara kami. dan dia telah pergi. tiada lagi bicara antara  kami selepas itu.

II

pulang dari kuliyyah bersama teman yang akan ke sinai.

nur    : kenapa ruang nombor telefon iman tu kosong?

saya : iman ke? 0119162459

meluncur laju digit-digit itu keluar dari bibir. (seronoknya kamu akan ke sinai).

III

balik kelas malam

kak … : takpelah saya tak bagi lagi hadiah kat adik-adik sc. iman dah bagi. tunggu exam lainlah.

semua di atas berlaku semalam. dan pagi hari ini dapat berita, Allah sudah ambil nyawa dia. terkejut. semua kenangan bersama dia laju melintas di fikiran.

Di hospital mereka bertanya : iman anak ke berapa daripada berapa? saya cuma mampu beritahu dia adalah anak ke-2. daripada 7 atau 8 saya tak pasti. sungguh.. saya belum habis lagi ta’aruf dengan arwah…

Dan dia tak sempat ke sinai.

Dia sahabat, soulmate, teman study group, teman serumah selama setahun, teman pergi library, teman pendengar masalah. satu group. satu section. teman kehidupan saya.

Ya, kematian. He knows that’s your weakest point, then He test you with that.

dan sebelum itu, baru sahaja saya memikir-mikirkan tentang kematian diri sendiri. rupa-rupanya dia dahulu yang Allah mahu.

aku cemburu denganmu apabila Allah tarik nyawamu

– sewaktu berpuasa – sunat isnin
– sewaktu berjuang menuntut ilmu, dalam fatrah exam
– dalam redha ahli beit mereka – teman serumah yg kuat, insyaAllah
– ayah yg sangat redha “takpelah tanam di kaherah, nanti jumpa di syurga insyaAllah” – apabila ayahnya ditanya mahu bawa balik arwah ke tanah air atau dikebumikan di sini
– hari itu adalah ulangtahun hari lahir ayah arwah

nota  1  : pohon kepada semua mendoakan keluarga dan ahli-ahli beitnya. amirah, amalina dan iylia. Allah, bantu mereka ya Allah…  ada lagi 7 kertas yang bakal ditempuh dalam final exam semester ini.

nota 2 : it is still flowing. tolong berhenti. dan saya mahu fokus. mereka kata “kita yang hidup perlu teruskan”. esok subjek pathology. mesti arwah mahu kita study kan??

nota 3 : apabila mereka bertanya sebab. dan jawapannya kerana carbon monoxide poisoning. kemdian ada yang berkata memang dah ajalnya kan. itu Allah letak hanya sebagai asbab

nota 4 : kejadian dan sebab boleh klik sini.

nota 5 : esok, kerusi dan meja 08-1-165 itu akan kosong. .

nota 6 :  terimbas kisah arwah ammar zulkifli

 

Allahhummaghfirlaha warhamha wa’aafiha wa’fu ‘anhaa..

 

– sudah selesai urusannya. kita?



 
24 Comments

Posted by on January 17, 2011 in Cerita Hati, Erti Kehidupan

 

24 responses to “Salam Terakhir

  1. Islahmujahidin

    January 17, 2011 at 20:38

    Semoga Allah menempatkan ruhnya bersama-sama orang2 yg berjuang di jalannya …

    Doakan mereka , ya , itu sahaja yg mampu kita lakukan ..

    Sabar, sabar , sabar dan redha …

    “Mohon pihak akhwat beri semangat kepada yg lain2 , ahli bait, teman rapat dan sebagainya …”

    -Teruskan perjuangan kita , sementara belum tamatnya masa permusafiran didunia ini …

    wallahu a’lam

    yg lemah
    -islahmujahidin-

     
    • syumul

      January 20, 2011 at 20:14

      jzkk
      terus doa doa dan doa
      terus sabar sabar dan sabar
      terus redha redha dan redha

      dan terus beri semangat untuk ahli beit bahkan ahli keluarga Allahyarhamha di tanah air tanpa putus doa

       
  2. deiya

    January 18, 2011 at 02:03

    knadia ni.
    semoga adik2 akak tabah, bykkn doa utknya.
    akak doakan kejayaan utk adik2 dlm exam kali ni.

     
    • syumul

      January 20, 2011 at 19:33

      terima kasih kak
      ya, terus doa doa dan doa
      dan dia telah mendapat kejayaan hakiki- bertemu Temannya Yang Maha Tinggi

       
  3. Ummu 'Ammar

    January 18, 2011 at 03:48

    Assalammualaikum Syumul,

    Ummi ucapkan takziah atas kejadian yang menimpa sahabat Syumul, tambahan lagi semasa exam ini. Kematiannya hampir sama waktu dengan kematian arwah ‘Ammar. Mudah-mudahan ini satu peringatan kepada pelajar medic di Mesir agar sentiasa mengingati Allah walaupun sibuk dengan menghadapi ujian dunia. Sesungguhnya akhirat adalah lebih baik daripada dunia.

    Marilah kita menghayati firman Allah ini, agar tiada rasa kekesalan atas apa saja kejadian yang menimpa.

    مَآ أَصَابَ مِن مُّصِيبَةٍ إِلَّا بِإِذۡنِ ٱللَّهِ‌ۗ وَمَن يُؤۡمِنۢ بِٱللَّهِ يَہۡدِ قَلۡبَهُ ۥ‌ۚ وَٱللَّهُ بِكُلِّ شَىۡءٍ عَلِيمٌ۬(١١

    Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar) dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. (11)

    Marilah kita beriman kepada Allah dan jadilah hamba yang sentiasa dekat denganNya. Jadilah diri kita hangat cintanya mencari akhirat agar tiada kekesalan di kemudian hari, InsyaAllah.

    Ayuh bangunlah anak-anak teruslah study bagi kita yang masih hidup untuk teruskan perjuangan mencapai cita-cita di dunia ini selagi hayat dikandung badan, dalam usaha mencapai visi kita yang masih jauh iaitu untuk kembali kepada Allah dalam keadaan yang diredhaiNya..

    Akhir sekali salam takziah dari ummi sekeluarga dan sampaikan salam ummi untuk semua.

     
    • syumul

      January 20, 2011 at 20:05

      terima kasih ummi..
      ya, kami cuba bangun..
      dan dia telah menjadi anak akhirat
      dan saya teringat ayat ini. sungguh halus Allah menegur

      “Tiada suatu bencanapun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Lauhul Mahfuzh) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah.” (al-Hadid: 22)

      dan

      “(kami jelaskan yang demikian itu) supaya kamu jangan berduka cita terhadap apa yang luput dari kamu, dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu. dan Allah tidak menyukai Setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri.” Al-Hadid: 23″

      mohon doa yg tak putus-putus dari ummi, agar keluarga Allahyarhamha dan kami terus tabah sepertimana ummi tabah menerima pemergian arwah ammar…

       
  4. Habsah Ismail

    January 18, 2011 at 11:20

    Sangat sedih mendengar berita ini. Semoga Allah SWT mencucuri Rahmat ke ats ruh allahyrahmah. Kepada seluruh keluarga allahyarhamah, saya ucapkan takziah.

     
    • syumul

      January 20, 2011 at 19:47

      terima kasih..
      keluarganya bahkan lebih sedih, tanpa melihat jenazah..
      dan mereka redha..
      ya, moga Allah cucurkan rahmah bahkan lebih dari itu kepada Allayarhamha

       
  5. fyzyfirelord

    January 18, 2011 at 22:32

    semoga Allah memberkati dirinya yang telah pergi..pemergian amat perit tetapi tidak boleh diratapi..
    sudah terbukti Allah lebih menyanyanginya..kamu semua yang hidup teruskanlah perjuangan di medan final. kejar cita2x kamu semua..insyaAllah dia tetap tersenyum melihat kalian berjaya meneruskan cita2x walaupun dia tidak dapat bersama.. semoga Allah mencucuri rahmat keatasnya dan ditempatkan dalam kalangan org yang beriman..doalah yang terbaik untuknya semoga selamat dari fitnah kubur dan selamat di akhirat kelak..amin..
    ..al fatihah utknya..
    *fyzy*

     
    • syumul

      January 20, 2011 at 19:40

      insyaAllah, dia tetap tersenyum

       
  6. hoodusnny

    January 18, 2011 at 23:56

    Allah~ teman serumah?

    Semoga Allah beri kekuatan. Ya Diujinya kita.. sememangnya kita layak diuji.

    Dan ana x nk tgk mila tewas~!

    Allah tegur tu..

     
    • syumul

      January 20, 2011 at 19:23

      pernah serumah waktu 1st year dulu
      doakan agar tak tewas walaupun dah hampir..
      ya memang Allah tegur keras…

       
  7. zuliyati

    January 19, 2011 at 16:28

    salam takziah dr ustazah….alfatihah wat akhwat terbabit….kebumi dmana???zaman ustz dulu pun ada akhwat kelantan yg meninggal disebabkan keracunan gas pemanas…….amat terasa kehilangannya mmg kenal kan……Allah lebih mengetahui atas apa yg berlaku.

     
    • syumul

      January 20, 2011 at 19:27

      syukran ustazah.
      kebumi di hayyu ‘aasyir
      ketetapan Dialah yg terbaik

       
  8. mard_shah

    January 19, 2011 at 19:03

    salam takziah utk semua yg terlibat di sisi allahyarhamah..

    ‘masa itu’ sebenarnya sangat hampir. namun manusia selalu lalai.. astaghfirullah.

    moga taman2 syurga di liang lahadnya menjadi miliknya. ameen..

    ~ salam takziah dari x-FC KIBA 2008
    mardiah bt shaharum

     
    • syumul

      January 20, 2011 at 19:29

      Allahumma ameen
      ya, manusia sentiasa lalai dan Allah mengetuk keras hati-hati yg lalai itu

       
  9. ibrahemazaman

    January 20, 2011 at 20:24

    salam..mohon jangan di’delete’ post ini..
    ia post yang cukup bermakna untuk semua..

     
    • syumul

      April 21, 2011 at 23:41

      ok

       
  10. salman_azmin

    January 21, 2011 at 14:14

    walau lambat, takziah diucapkan utk keluarga dan insan2 berkaitan…

    bila ana baca, baru hati nie terasa hidup dan sensitif…..

    Maha Besar Perancngan Allah swt……..

    Allah berfirman di dalam surah At-Tagaabun, ayat 11 yang bermaksud:

    “Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah; dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar); dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu”

     
    • syumul

      April 21, 2011 at 23:42

      hati yang sensitif adalah lebih baik daripada hati yang keras.
      yeah, Allah knows everything

       
  11. anonimoss

    January 21, 2011 at 14:46

    Ya Allah……betapa hebat nye ujian Mu kpd hamba.Tp mati itu pasti mnjelma untuk setiap yg hidup…Kite harus bersedia….Kpd yg sgt2 menyanyangi arwah…redha lah..jgn di tangisi pemergian nya lame2….ALLAH…

    p/s: izzati tumpang email eh……sy xde email

     
    • syumul

      April 21, 2011 at 23:43

      yeah, life goes on
      nothign will change if you just keep crying.
      terima kasih meninggalkan jejak

       
  12. mastura, smakl

    March 13, 2011 at 17:03

    salam, takziah diucapkan. semoga k.syamilah terus kuat…

    salam rindu dr tanah air ke nun jauh di perantauan….
    mastura dan adik2 sekalian di smakl….

     
    • syumul

      April 21, 2011 at 23:44

      waalaikum salam
      insyaAllah3, doakan moga terus kuat..
      salam rindu juga untuk mastura dan adik2 yg lain

       

Leave a reply to syumul Cancel reply