RSS

Dia Mus’ab ibni ‘Umair

01 Jun

Yang paling wangi di kota. Yang paling hensem di antara pemuda-pemuda. Sehinggakan berbaris perempuan-perempuan di kota mahu menunggu dia lalu. Antara yang terkaya daripada keluarga-keluarga mulia di kota.

Dia ahli 4 Hijrah.

Seluruh dunia dan keseronokan di dalamnya dia tinggalkan dan berhijrah kepada Allah dan RasulNya. Itu hijrahnya yang pertama.

Namun, sahabat-sahabat Rasulullah pada zaman awal keislaman, seksa orang-orang kafir pasti menyusul. Sehinggalah Allah mengarahkan hamba-hambaNya itu berhijrah ke Habsyah dan dia bersama gerombolan ini. Ini hijrahnya yang kedua. Betapa miskin hidupnya apabila para sahabat Rasulullah melihat keadaanya yang hanya mempunyai hanya satu helai kain sekadar mampu untuk menutup auratnya, untuk solat dan menahan dirinya daripada kesejukan yang amat. Rasulullah berkata :

“Segala puji bagi bagi Allah yang telah menukar dunia dengan penduduknya. Sesungguhnya dahulu aku melihat Mus’ab seorang pemuda yang hidup mewah ditengah-tengah keluarganya yang kaya raya. Kemudian dia meninggalkan itu semua kerana cinta kepada Allah dan Rasul-Nya”.

Sewaktu bertemu ahli Aqabah yang pertama terdiri daripada penduduk Yathrib, Rasulullah mengutuskan dia bersama-sama pulang ke yathrib untuk mengajarkan al-quran dan mengukuhkan keislaman mereka. ini hijrahnya yang ketiga. di situ di tangan dialah Sa’ad bin Muaz dan Usaid bin Hudhair telah memeluk Islam. Atas kecerdikannya dalam memilih pemimpim dalam masyarakat do yathrob itu, maka berbondong-bondonglah pengikut dua pembesar itu turut sama memilih Islam sebagai cara hidup mereka. Subhaanallah.
Dan diceritakan bahawa dia pernah meminta izin daripada Rasulullah untuk mengumpulkan sahabat-sahabat pada hari jumaat dan Rasulullah mengizinkannya dan berkumpullah mereka di rumah Saad bin Khaithamah. maka tercatatlah dalam sejarah bahawa bermula saat inilah, fardhu Jumaat itu dilaksanakan

Apabila seruan hijrah ke madinah berbunyi, maka lengkaplah hijrahnya yang keempat. Dan dia disaudarakan Rasulullah dengan sahabat Ansar bernama Abu Ayyub Al-Ansaari.

gambar hiasan je

Apabila maraknya api peperangan UHUD menyala, tentunya dia antara yang paling kuat menentang, melawan musuh. Dia ditugaskan memegang bendera-bendera Islam. Peringkat kedua peperangan telah menyebabkan kekalahan di pihak tentera Muslimin. Tetapi Mus’ab tetap tidak berganjak dari tempatnya dan menyeru: “Muhammad adalah Rasul, dan sebelumnya telah banyak diutuskan rasul.”
Sehinggakan sewaktu sedang berperang, seorang tentera berkuda Quraisy, Ibn Qamiah menyerbu ke arahnya dan menetak tangan kanannya yang memegang bendera Islam. Mus’ab menyambut bendera itu dengan tangan kirinya sambil mengulang-ulang laungan tadi. Laungan itu menyebabkan Ibn Qamiah bertambah marah dan menetak tangan kirinya pula. Mus’ab terus menyambut dan memeluk bendera itu dengan kedua-dua lengannya yang kudung. Akhirnya Ibn Qamiah menikamnya dengan tombak. Maka gugurlah Mus’ab sebagai syuhada’ Uhud. Rebahnya dia menyebabkan musuh Allah melaungkan “Rasulullah dah terbunuh! Rasulullah dah mati! “, kerana wajahnya adalah yang paling hampir menyerupai wajah baginda s.a.w. Dan fitnah itu menggoyahkan lagi keadaan kaum muslimin di Uhud pada waktu itu

Setelah selesai perang, Rasulullah meninjau-ninjau keadaan para syuhada’ di medan Uhud. Baginda membaca ayat Allah daripada Al-Ahzab ; 23

Kemudian baginda minta dibawa kepada dia yang telah syahid. Baginda memandangnya dengan perasaan yang sangat hiba. Ketika hendak dikafankan, tidak ada kain yang mencukupi untuk menutup jenazahnya. Apabila ditarik kainnya ke atas, bahagian kakinya terbuka. Apabila ditarik kainnya ke bawah, kepalanya terbuka. Akhirnya, kain itu digunakan untuk menutup bahagian kepalanya dan kakinya ditutup dengan daun-daun kayu.

Baginda menangis dan menuju ke arah jasadnya dan syuhada’ lainnya dan berkata :

Sesungguhnya Utusan Allah ini bersaksi ke atas kamu bahawa sesungguhnya kalian adalah syahid di sisi Allah pada hari Kiamat…

Dia…

Dia adalah Mus’ab ibni ‘Umair.

 

 

Nota 1 : Ada bahagian yang tak dapat disertakan di sini kerana ceteknya ilmu bahasa saya😦

Nota 2 : Juga cerita Mus’ab bin Umair dalam versi yang lain dan juga di sini

Nota 3 : Dalam fiqh seerah ada mengatakan kenapa perlunya kita memahami, kenapa perlunya kita tahu seerah Rasulullah dan para sahabat. Salah satunya adalah untuk memahami Al-Quran.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: