RSS

Salam Terakhir II [updated]

27 Apr

Bismillah Arrahmaan Arrahiim

Tentang mati.
Post sebelum ini hanya menceritakan tentang peristiwa.
Biarlah kali ini kita ambil iktibar, kita ambil pengajaran untuk penerusan hidup kita yang masih berbaki.

Baru-baru ni sering teringat Iman. Ingat perangai dia, ingat cara dia tanya soalan pada doktor. Ingat cara dia belajar. Dan macam-macam berkaitan dengan seorang insan bernama Nurul-Iman yang pernah muncul dalam kehidupan saya.

Sejak mula masuk sem baru ni, waktu kelas praktikal, doktor selalu tanya tentang dia, yang nombor pelajarnya 165
“why is she absent?
hiyya musy mauguud
why? is she  in malaysia?
no, she passed away .
………….        [orang Arab ni tak faham agaknya maksud passed away😦 ]
heyya maatit. albaqaa’ lillah
what is the reason?
carbon monoxide poisoning
ooo”

Bila dilihat, difikir-fikirkan, dimuhasabah, banyak sangat perkara yang Allah maksudkan di sebalik takdir yang telah Dia tentukan.  Ada manis sebenarnya dalam kelat itu.

sekuntum kemboja

Benarlah kata-kata ‘ulama’ “Cukuplah Mati itu sebaga Peringatan”. Bila nak mencuri, nak buat maksiat, nak buat jahat, nak malas, nak buang masa dan tiba-tiba tengah kita buat benda tu kita terfikir yang kita akan mati, semua perkara yang kita nak buat tu takkan jadi buat. Sebab apa? Sebab semua orang mesti nak waktu Allah tarik nyawa dia sedang dia melakukan kebaikan.

Kisah ini diriwayatkan daripada Ibnu Umar r.a. bahawa telah datang seorang lelaki Ansar bertemu Rasulullah yang sedang berkumpul dengan para sahabat baginda, lalu lelaki itu bertanya, “Siapakah yang paling cerdik dan mulia wahai Rasulullah?” Lantas baginda bersabda, “Secerdik-cerdik manusia ialah orang yang paling banyak mengingati mati serta yang gigih membuat persiapan menghadapi kematian itu. Merekalah orang yang paling cerdik. Mereka meninggalkan dunia dengan kemuliaan dan menuju akhirat dengan keagungan.”
(Riwayat Ibnu Majah dan Abi al-Dunya).


Iman suka lagu ini.

Sebenarnya bukanlah Iman sahaja orang yang rapat dengan saya yang telah pergi. Baru-baru ini sewaktu pulang ke Malaysia, jiran terdekat dan antara mak cik yang paling rapat dengan ibu dan adik saya, pun Allah panggil dia pulang. Dan 3 tahun lepas ibu saudara yang paling rapat dengan kami sekeluarga, yang masih dalam pantang, meninggalkan anak kecil yang baru dilahirkannya beberapa hari sebelum itu. Sayu melihat anak kecil itu menjadi yatim.

Post ini tiada niat mahu sedih-sedih, sekadar mengingatkan diri yang selalu lupa bahawa semuda mana pun kamu, sebesar manapun cita-citamu, sehebat manapun dirimu, sedarlah apabila tiba satu masa yang memang Allah tetapkan itu ajalmu, maka itulah akhirnya.

Oleh itu, saya menyeru keras diri saya, bersedialah untuk hari matimu wahai diri!!

Nota 1 : Seronok bersembang dengan kamu yang sedang bercuti, my friend🙂 !
Looking forward to talk with you again.

Nota 2 : How about You? How is your race?

Nota 3 : Tak ada masa atau tak penting? 

Nota 4 : Hiduplah dengan nilai iman, oleh cikgu AB

Nota 4 : Yesterday, after my group and I presented the anatomy assignment in front of Dr Ayman, then goes the same question, followed by the same answer. Then he asked again ” Is the words ‘passed away’ mean died? ” ” Yes professor😦 “.
Then we went to the lecture hall, some of us said “haduuh, memang orang Arab tak faham la maksud passed away tu….” “aah la ” “dah tu? nak sebut she’s dead?? kasar sangat la…😦 ”
Today is 1st May.

Life goes on…

 
2 Comments

Posted by on April 27, 2011 in Erti Kehidupan

 

2 responses to “Salam Terakhir II [updated]

  1. hoodsunny

    May 2, 2011 at 19:18

    HAri-hari belakangan ini juga membawa uda mengingati org terdekat yg sudah dipanggil pulang ke kampung Akhirat.

    Mengingatkan mimpi2 ttg Allahyarhamah Jannah, mendekatkan kembali diri ini dgn kematian.

    Sungguh, yg paling dekat adalah MATI, dan org yg paling bijak adalah mereka yg mengingati mati.

    Terus apa orak langkah kita?

     
    • syumul

      May 4, 2011 at 17:57

      terus, orak langkah kita adalah bekerja keras menanam utk menuai nanti di sana

      [ addunya mazraa’atul aakhirah]

       

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: