Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah
Fuh, selesai sudah program transisi kepimpinan Perubatan Cawangan Iskandariah 2011. Sekarang, sila bekerja keras untuk exam microbiology esok.
Baru-baru ini Allah beri saya lalui dua fasa yang berbeza. Satu, fasa yang sangat-sangat lapang. Permulaan semester, tiada kelas praktikal, lecture pulak semuanya intro. Dua, diberi taklifan untuk menguruskan, melancarkan perjalanan program transisi kepimpinan PCI. Oh, waktu tu baru nak menyesal banyaknya masa lapang yang disia-siakan. Walaubagaimanapun, sejuta syukur saya hulurkan kepadaNya kerana dengan itu baru saya betul-betul hargai dan nikmati waktu-waktu yang sedikit lapang di celah-celah kesibukan. Alhamdulillah ya Allah. Biarlah waktu itu waktu yang lebih saya hargai, biarpun sibuk biarpun sempit asalkan diisi dengan perkara yang bermanfaat untuk Islam, tak dibazirkan untuk perkara-perkara picisan semata.
Benarlah sabda baginda
“ Ada dua nikmat, di mana banyak orang yang tertipu dengan keduanya; nikmat sihat dan waktu lapang ”
(H.R Bukhari dari Ibnu Abbas)
Kepada seluruh ahli jawatankuasa program transisi kepimpinan PCI 2011 ini, jutaan terima kasih diucapkan kerana bersungguh-sungguh melaksanakan amanah kalian. Moga Allah redha
Tertarik dengan kata-kata presiden PERUBATAN pusat saudara Syafiq Hamdani
Kalian yang memilihi barisan-barisan ahli jawatankuasa tertinggi PCI, tidaklah terus terlepas tanggungjawab anda. Seharusnya andalah penggerak agenda, sepatutnya anda membantu mereka
Tarbiyah itu perlu ada dalam setiap penjuru, setiap inci ahli PERUBATAN, supaya lahir Muslim profesional kelahiran universiti dari tanah anbiya’ ini
Alhamdulillah, digelar pelajar proaktif, hasil undian daripada sahabat-sahabat satu batch. Terima kasih kepada kalian. Namun, setelah direfleksi, itu sebenarnya hanya sekadar penilaian manusia. Lama diri ini memikirkan apakah maksud proaktif. dihitung-hitung, disemak-semak banyak lagi hak-hak Allah yang tak tertunai, hak-hak Rasulullah, hak-hak Islam, keluarga bahkan manusia di sekeliling saya yang belum tersempurna dilaksanakan. Belum proaktif lagi saya dengan Allah, dengan study. Astaghfirullahal’azhiim.
Seronok dapat kenal Nihal dan sembang dengan kak Oney. Dapat jugak peluang dengar bicara presiden perubatan 2011/2012.
Nota 1 : Sahabat saya dalam kesusahan. Saya doakan kamu ya dan Allahlah sebaik-baik penolong.
Nota 2 : As the title said ; and the struggle continues
Nota 3 : Takziah dan takziah dihulurkan kepada pemegang-pemegang amanah Allah itu. Selamat menjalankan tugas. Tsunami visi, revolusi aksi
Nota 4 : Saya suka pandangan kak Ami Farhani ini. Nak baca? Klik sini
nashrah
April 22, 2011 at 06:25
best la video ni..:) thnks 4 sharing k.syam..^^
syumul
April 22, 2011 at 19:27
sharing is caring, right? ^.^
spread the good words as far as u can
tp nash rasanya, ni komen utk next post kan?