RSS

Kami Akan ke Gaza Lagi dan Lagi [updated]

06 Mar

LL4G

Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah. Akhirnya tak lagi dapat yang second hand. Dapat juga mendengar kisah-kisah tragedi 31 mei 2010, cerita di atas kapal Mavi Marmara, cerita ditahan Israel.

Slot selepas subuh itu langsung tak mengundang kantuk. Ketua Misi Kemanusiaan Lifeline4gaza, saudara Noorazman Samsuddin menceritakan saat-saat cemas ketika beliau berada di atas kapal induk dalam misi Freedom Flotilla itu sewaktu israel datang menyerang kapal mereka. Dari jauh kelihatan kapal israel menghampiri kapal-kapal mereka. 2 helikopter, 2 kapal selam, 4 kapal laut dan lebih kurang 10 bot-bot kecil yang membawa komando-komando Israel menyerang hendap kapal-kapal misi Freedom Flotilla tersebut.

Kali kedua menyaksikan video-video itu lebih mengesankan apabila saudara Noorazman menceritakan setiap flow video tersebut membawa diri ini seperti benar-benar berada dia atas kapal tersebut. Pergelutan antara sukarelawan-sukarelawan tersebut dengan musuh Allah terlaknat akhirnya mengakibatkan 9 orang sukarelawan syahid.

Saudara Noorazman menceritakan bahawa antara sukarelawan yang syahid itu adalah kerana mempertahankan satu-satunya bayi di atas kapal itu daripada ditembak oleh komando israel. Bayi kecil yang belum kenal erti hidup itu pun mahu dibunuh? Siapa lagi yang sedang mereka hadapi ketika itu melainkan hanya syaitan yang berkulitkan manusia.

Di atas kapal mavi marmara tersebut pelbagai jenis manusia yang beliau jumpai daripada syeikh yang berjubah yang sehingga tidurnya pun masih berjubah sehinggalah kepada yang bertatu seluruh badan, muslim dan non muslim, Syeikh Raid Sholah, wakil Rabithah ‘Ulama’ Palestin dan seorang ketua paderi.

Namun, sewaktu mereka ditahan israel, hanya mereka yang tidak berbangsa eropah, yang tidak berkulit putih sahaja yang diikat. Tangan mereka diikat ke belakang. Mereka diikat itu dalam tempoh yang lama sehinggakan salah seorang yang diikat itu dahaga, sukarelawan yang tidak diikat itulah yang membantu menyuakan air ke tekak-tekak yang dahaga itu. Kemudian, apabila sukarelawan-sukarelawan yang ditahan itu ingin menunaikan solat dan mereka meminta untuk berwudhu’ israel langsung tak menghiraukan permintaan mereka. Tetapi sukarelawan-sukarelawan yang berbangsa eropah itulah yang menggesa israel, menggesa hak mereka ditunaikan. Subhaanallah. Ya, kita nampak di situ ada KESATUAN, ada PERPADUAN. Ini kerana kami mempunyai MATLAMAT yang SAMA dan MUSUH yang SAMA, tegas beliau.

Yang menarik perhatian saya apabila ada satu slide yang saudara Noorazman tunjukkan. Slide itu memaparkan gambar tentera Israel yang menunggu kepulangan komando-komando Israel, pasukan yang bertugas menyerang misi Freedom Flotilla ini. Tentera tersebut memegang banner yang mengandungi tulisan dalam bahasa Hebrew bermaksud

SHAME ON YOU ! WHY DID YOU KILL SO FEW !!

Jadi, mereka ini sebenarnya mahu bunuh ramai lagi. Bagi mereka 9 orang yang mati itu terlalu sedikit. Allahu akbar..

Menceritakan pengalaman beliau ” Sewaktu dalam tahanan, tentera-tentera israel itu bercakap sesama mereka dalam bahawa Hebrew, langsung tidak kami fahami apa yang mereka borakkan. Mereka hanya menggunakan bahasa Inggeris atau bahasa Arab ketika berbicara dengan kami”. Dengan itu saudara Noorazman menggesa kepada kita agar belajar dan memahami bahasa Hebrew. Hal ini sangat penting kerana kita wajib kenal MUSUH kita, mesti tahu segala yang berkaitan dengan mereka.

Tambahan lagi, ketua sukarelawan Malaysia itu memberi sedikit peringatan apabila beliau mengatakan antara faktor untuk MENANG ialah dengan MENGIKIS KELEMAHAN kita. Kejayaan seorang mukmin itu adalah apabila dia berjaya mengatasi keaibannya [mu’aalajatul ‘uyuub]. Kita, manusia biasa tidak akan terlepas daripada kelemahan dan wajib ke atas kita mengatasi kelemahan itu. Daripada kelemahan tersebut adalah TABIAT LAMA yang tak mampu diubah dan kelemahan apabila behadapan dengan SUASANA BARU. Jom kikis kelemahan yukk !!

Kegiatan sehingga kini, misi kedua LifeLine4Gaza ini akan diteruskan lagi. Kutipan sumbangan sedang dan akan dijalankan. Khabarnya mereka akan berlayar buat kali keduanya pada Mei 2011

jom derma ! saham untuk akhirat

Nota 1 : Terbukak page LL4G dan nampak artikel ini. Sangat mengetuk diri. dalam artikel ini menceritakan seorang warganegara Amerika berketurunan Turki berumur 19 tahun Furkan Dogan ditembak sebanyak 5 kali dari jarak 45 sentimeter. Dan kini ayahnya sekarang menggesa U.S., menuntut keadilan untuk mendiang anaknya itu atas kelancangan israel. Cerita selanjutnya di sini. Another story ; Gaza inspire Furkan and all of us. Remembering Furkan Dogan

Nota 2 : Catatan dari Mavi Marmara pengalaman Dr.Arbaai di sini

Nota 3 : Artikel di ms.langitilahi sebelum ditutup. jom marathon baca! di sini, sini dan lagi dan lagi

Nota 4 : ini video Israel Defend Forces. Macam-macam la diorang provoke. channel itu dimiliki oleh IDF. JANGAN TERTIPU!! They were only injured but don’t ever been killed.

Nota 5 : Wawancara bersama Iara Lee daripada Cultureofresistance.org

the baby is here..

Nota 6 : Boikot ekonomi itu perlu. tapi boikot hedonisme, boikot hollywood itu mesti ! [SOLUSI ISU NO 5, m/s 22-23 ]

Nota 7 : Kenali 9 syuhada’ mavi marmara

Terkini !!

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: