RSS

Erti Hari Ini

17 Nov

happy feast

Solat raya Eidil Adha, menyaksikan penyembelihan binatang korban, makan-makan. Memang rutin hari raya kan? Namun terasa kosong di hati ini, mencari-cari makna di sebalik hari kesepuluh zulhijjah tahun yang ke 1431 hijrah.

Berbeza dengan tahun-tahun dahulu, sering diperingatkan tentang kelebihan bulan ini, cerita haji, sirah Rasulullah, dan semualah yang sewaktu dengannya. Pernah satu ketika ada mendengar peringatan sempena musim haji, disarankan kepada bakal tetamu-tetamu Allah

” Bacalah sirah Rasulullah, kita perlu masuk ke dalam sirah itu, rasakan bahawa kita berada dalam suasana itu. Nanti setiap kali memijak kaki di tanah haram, kita perlu rasa bahawa tanah itulah dahulu yang Rasulullah pijak. Di sinilah Rasulullah berjuang memulakan Islam, di sinilah tumpah segala keringat, titis darah baginda menyampaikan wahyu.

Sewaktu berlari-lari anak menunaikan saie di safa dan marwa, yakinlah bahawa inilah yang siti hajar lakukan. Mencari-cari air untuk disuakan kepada si kecil ismail

Sirah itu apabila dibaca semata-mata, tiada syu’urnya. Cuma akan bermakna jika dapat kita rasai praktikalnya apabila berada di tanah suci kelahiran Muhammad teragung. Dapat kita rasai kepayahan sebenar yang dipikul baginda dan sahabat-sahabat. suasana, cuaca, rasa, bau barulah bermakna haji itu”

These words stuck in my mind since 5 years ago. Longing for the words from him.

left : What do you think its gonna happen to us on this holiday? right : I hope we can get away and survive for gods sake

Ditambah dengan satu perkara yang menyerabutkan kepala pada hari-hari sebelum cuti aidiladha ni. Selepas penat merancang dan merancang dan menangguhkan, namun Allah membantutkan jugak perkara itu terealisasi. saya pasrah.

Namun, alhamdulillah sejuk hati bila diperingatkan dengan wahyuNya

“Tiada suatu bencanapun yang menimpa di bumidan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Lauhul Mahfuzh) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah – Al-Hadid: 22

dan

(kami jelaskan yang demikian itu) supaya kamu jangan berduka cita terhadap apa yang luput dari kamu, dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu. dan Allah tidak menyukai Setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri” – Al-Hadid: 23

Alhamdulillah, Allah beri saya satu erti di hari pengorbanan ini. Terima kasih kepada si penulis muda dan tua.

nota 1 : Penulis muda itu menulis: menjejak keluarga ibrahim

nota 2 : Penulis tua, tak de lah tua sangat (orang lama)  itu menulis : satu kekurangan seribu kelebihan

nota 3 : Adakah saya sudah kehilangan himmah?

nota 4 : Suka dengan cerita photographer hebat ni, di sini

nota 5 : “Kullu sanah wa antum aqrab ilallah” – walk the talk please…

 
2 Comments

Posted by on November 17, 2010 in Erti Kehidupan, sharing is caring

 

2 responses to “Erti Hari Ini

  1. hoodusnny

    November 17, 2010 at 19:38

    Ya, mari mencari erti dan kebesaran Allah dalam setiap perkara dan peristiwa yg kita lalui~

    X sabar nk tunggu Thirstday n Frightday ^___^

     
    • najiyuddeen

      November 18, 2010 at 09:28

      sama-sama mencari insyaAllah

      can’t wait too

       

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: