RSS

Sinai Explorer 2010 part 3

22 Mar

Dahab = emas

Hari ketiga kami diteruskan dengan aktiviti merehatkan minda di Dahab. Dahab ini dikenali dunia kerana anginnya yang sangat sesuai untuk ‘windsurfing’. Banyak lagi aktiviti-aktiviti lain menarik yang menyeronokkan seperti snorkeling, berkuda, menaiki motor ; quad bike dan banyak lagi.

Yang paling mengujakan  ialah sewaktu berada di Glass Bottom Boat. Kerana lutsinarnya lantai bot itu, membolehkan kami melihat keindahan di dasar laut. Subhaanallah…

Selesai check in dari hotel, berkemas-kemas hanya menunggu kembali ke Iskandariah. Ada beberapa lagi tempat yang akan kami singgah dalam perjalanan pulang

Banjaran Tih

Banjaran Tih ini dikatakan tempat di mana pengikut nabi Musa ingkar akan perintah Allah, tidak mahu mengikut baginda berpindah ke palestin. Kemudian Allah hukum mereka dengan membiarkan mereka sesat di banjaran ini selama 40 tahun


“Allah berfirman: “(Jika demikian), Maka Sesungguhnya negeri itu diharamkan atas mereka selama empat puluh tahun, (selama itu) mereka akan berputar-putar kebingungan di bumi (padang Tiih) itu. Maka janganlah kamu bersedih hati (memikirkan nasib) orang-orang yang fasik itu.” Al Maaidah ; 26

Walaubagaimanapun, Allah sentiasa bersifat penyayang. Pengikut nabi Musa yang tersesat itu, akhirnya beroleh jalan keluar dibawa oleh dua orang hamba Allah yang soleh. Mahu ketahui kisahnya dengan lebih lanjut mari sama-sama fahami dan hayati sendiri surah Al-Maaidah ayat 21 sehingga 26

.

Teluk Aqabah

Destinasi terakhir kami : teluk Aqabah. di sini dapat kami lihat sempadan 3 negara : jordan dan arab saudi. Tepian pantai di kawasan ini dimono[oli oleh manusia-manusia israel yang sesuka hati singgah di sempadan mesir ini, tetapi tidak pernah langsung memikirkan nasib penduduk islam Palestin. Pernah kubercita-cita ingin berkhidmat di bumi suci itu. Tapi sudahkah cukup kekuatan, bekalan untuk bersama-sama mereka berjuang. Berjuanglah dahulu! Lawanlah dahulu hawa nafsumu itu!

Mereka punya senjata, punya jet pejuang, punya peluru berpandu, punya segala kekuatan yang kita tiada. Tapi ingat. Kita punya Allah. Dialah pemilik segala kekuatan, pemilik segala kemenangan, pemilik hari pembalasan. Tetapi cuba renungkan sejauh mana kita berusaha dengan kekuatan Allah itu, punca kuasa yang benar-benar tidak bisa dikalahkan oleh sesiapa, tetapi  kita tidak berusaha…

Kubu salahuddin ini sangat strategik kerana terletak di sempadan 3 negara, taktik yang sangat sesuai dalam peperangan. Allah… masih adakah lagi Salahuddin kedua? Siapa lagi? kitalah yang perlu menjadi… kitalah yang mesti mendidik manusia-manusia harapan agama…

dalam gambar ini objek putih yang ditunjuk itu adalah hotel Hilton milik israel, mereka melakukan apa sahaja di atas bumi sinai ini sesuka hati mereka. kapal-kapal atau bot-bot mereka bebas berkeliaran dari palestin ke sini tanpa halangan, sedangkan penduduk sinai ini mengalami kesempitan hidup. kapal-kapal tidak dibenarkan sesekali berlabuh di sini, hanya boleh sehingga di sempadan jordan sahaja.

Moga Allah berkati perjalanan ini, agar tidak menjadi debu-debu berterbangan

Note 1 : Salahuddin  Al-Ayyubi kedua? klik

Note 2 : Kewajipan itu sentiasa lebih banyak daripada waktu. Maaf kepada yang menunggu post terbaru.

 
2 Comments

Posted by on March 22, 2010 in Cerita Hati

 

2 responses to “Sinai Explorer 2010 part 3

  1. sinar

    March 22, 2010 at 23:05

    =) lepas ni update lagi ya…

     
  2. najiyudeen

    March 23, 2010 at 07:02

    =) masa itu cemburu

     

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: