RSS

Sinai Explorer 2010 part 1

02 Mar

dengan nama Allah dimulakan

Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah

Kembara 3 hari 3 malam ke semenanjung Sinai menggamit diri untuk menyertainya.

Sempat ku menyertai program Sinai Explorer anjuran Perubatan Cawangan Iskandariah ; PCI. Menunggu di Asrama Mara seawal jam 11 malam. Kami bertolak seawal 2.30 pagi dari Iskandariah menuju ke semenanjung Sinai. program ini disertai seramai 73 orang peserta, beberapa orang ajk program dan beberapa orang musyrif

Apa ada di Semenanjung Sinai?

Semenanjung Sinai atau Sinai merupakan satu semenanjung berbentuk segitiga yang terletak di antara Laut Mediterranean (ke utara) dan Laut Merah (ke selatan), yang terletak di Mesir. Ia mempunyai keluasan sebanyak 60,000 kilometer persegi. Istimewanya  semenanjung ini menjadikan ramainya manusia yang datang kerana banyaknya sejarah yang disimpan di bumi ini.

Kronologi kisah nabi Musa = tempat yang diziarahi sepanjang semenanjung Sinai

banyaknya kisah tentang perjalanan kehidupan dan dakwah nabi musa di sini bermulanya dari kehidupan ibu baginda yang bersembunyi setelah mendengar kenyataan firaun (Ramsis 2) yang mengarahkan pengikut-pengikutnya membunuh bayi-bayi lelaki yang baru dilahirkan.Nabi Musa merupakan anak kepada Imran dan Yukabad Binti Qahat. Namun kuasa Allah mengatasi segalanya. Dialirkan Musa di Sungai Nil. Sayang bertamu dihati Asiah. Musa pun membesar menegakkan kebenaran di istana yang penuh kehinaan.

ketika berusia 12 tahun, baginda telah melarikan diri ke Madyan ( sebahagian daripada Jordan dan Saudi) akibat diburu orang-orang firaun kerana baginda telah memukul seorang Qibti pengikut firaun dan Allah izin orang Qibti itu mati terus pada waktu itu. kemudian baginda datang semula ke Mesir untuk menyeru firaun dan pengikut-pengikutnya agar kembali beriman kepada Allah. setelah berjaya mengalahkan ahli-ahli sihir firaun, nabi musa dan pengikut-pengikut baginda menuju ke laut merah ketika dikejar firaun dan pengikut-pengikutnya. dengan kekuasaan Allah nabi Musa menghentakkan tongkat lalu terbelahlah lautan dan lautan itu bercantum kembali dan matilah firaun (Mafatah) bersama pengikut-pengikutnya di laut merah. Kemudian bani israel yang bersama-sama baginda meminta kepada baginda agar Allah berikan air. Kemudian dipohon mereka pula akan makanan dari langit, maka Allah turunkan Manna wa Salwa. Kemudian Allah mengarahkan nabi Musa beribadah di Jabal Musa selama 30 hari kemudian Allah arahkan ditambah lagi 10 hari. Selesai beribadah, baginda pun turun dan dilihatnya kaum bani israel sedang menyembah patung lembu Samiri.

Bar Lev Line dan Nuktah Hasinah

Mendengar cerita ini 4 tahun dahulu menjadikanku benar-benar teringin untuk melihat sendiri suasana dan keadaan itu. Bar Lev Line ini dibina oleh israel sewaktu perang Israel Arab (Mesir, Jordan dan Syria). apabila jet pejuang tentera mesir datang ingin menyerang israel, mereka tak mampu mengesan arah kedudukan kubu israel itu. ini kerana kubu israel itu membelakangkan matahari. jadi apabila tentera mesir datang mereka tidak nampak kubu israel akibat silau ditambah lagi dengan uniknya dibina kubu israel itu di berbumbungkan besi (railway train), batu-batu besar dan pasir di atas sekali. apabila tentera israel melemparkan peluru berpandu, pintu itu akan tertutup dan gegaran itu menyebabkan pasir-pasir di ats kubu mereka turun sedikit demi sedikit. ini mengukuhkan lagi kubu pertahanan mereka.

mereka merancang, Allah jua merancang. Sebaik-baik perancangan adalah perancangan Allah

Mesir hampir kalah, namun kemenangan tetap berpihak pada yang benar. akhirnya, Allah telah ilhamkan mimpi pada seorang ulama’ Al-Azhar iaitu Sheikh Abdul Halim Mahmud. cara untuk mengalahkan tentera israel adalah dengan menggunakan bom air yang akan dilemparkan ke arah kubu-kubu israel. Cerdiknya penglima tentera mesir ketika itu, beliau telah meminjam alat untuk mengebom ar itu daripada Russia dengan alasan pertanian. Alhamdulillah, israel berjaya dikalahkan.

Liciknya israel, sebelum mereka benar-benar kalah mereka telah mengadakan perjanjian kem david (camp David Accords). antara isi perjanjian tersebut ialah semua hasil minyak dan gas di sinai hanya diberikan kepada Amerika, sekatan ekonomi dikenakan di seluruh semnanjung sinai ; tiada eksport dan import boleh dijalankan, kapal-kapal dagang hanya boleh berlabuh ke pelabuhan di jordan tetapi tidak di sinai. ini menjadikan kehidupan penduduk di sinai ini benar-benar mundur

Uyun Musa

perjalanan diteruskan ke Uyun musa. di sinilah tempat di mana nabi musa menghentakkan tongkatnya dan terpancarlah 12 mata air untuk pengikut-pengikut baginda masing-masing sebanyak 12 suku kaum. ‘fanfajarat‘ dalam ayat ini bermaksud memancar dengan banyak.

“Dan ingatlah ketika Musa memohon air untuk kaumnya lalu kami berfirman:”Pukullah batu itu dengan tongkatmu.”Lalu memancarlah daripadanya 12 mata air. Sungguh tiap-tiap suku telah mengetahui tempat minumnya masing-masing. Makan dan minumlah rezeki yang diberikan oleh Allah dan janganlah kamu berkeliaran di muka bumi dengan berbuat kerosakan” Al Baqarah ; ayat 60

Setelah itu, dipohon pula makanan oleh bani israel. lalu nabi Musa memohon kepada Allah, maka diturunkan Manna wa Salwa dari langit.

“Dan mereka kami bagi menjadi dua belas suku yang masing-masingnya berjumlah besar dan kami wahyukan kepada Musa ketika kaumnya meminta air kepadanya: “Pukullah batu itu dengan tongkatmu!”. Maka memancarlah dari padanya duabelas mata air. Sesungguhnya tiap-tiap suku mengetahui tempat minum masing-masing. dan kami naungkan awan di atas mereka dan kami turunkan kepada mereka manna dan salwa” Al-A’araf : ayat 160

Perjalanan diteruskan ke tempat di mana Nabi Ayyub menghentakkan kaki baginda atas arahan Allah untuk menyembuhkan penyakit kulit baginda. Baginda dikurniakan nikmat yang sangat banyak ; kekayaan yang melimpah ruah, anak-anak yang ramai dan isteri yang solehah. Iblis yang sangat benci dengan ketaqwaan baginda meminta kepada Allah agar diberi ujian kepada baginda dan diberi peluang mengganggu dan menghasut baginda. kemudian nabi ayyub ditimpa musibah dengan matinya anak-anak baginda yang ramai. akhirnya nabi ayyub jatuh miskin dan melarat yang sangat menyedihkan. walaubagaimanapun iman bagind atetap teguh. baginda diuji lagi dengan penyakit kulit ; sopak atau kusta sehinggakan isteri baginda meninggalkan baginda seorang diri menanggung kemelaratan itu. iblis tetap tidak berjaya menganggu baginda dan akhirnya Allah memerintahkan baginda agar mnghentakkan kaki ke tanah lalu terpancarlah mata air dan menjadi penawar untuk penyakit kulit baginda. Subhaanallah. Hebatnya Allah. Hebatnya iman dan taqwa utusanMu ya Allah. teguhkan iman kami sekuat itu ya Rabb.

Wadi Arbaein

Di sini dikatakan tempat pertemuan nabi Musa dan 40 orang wali menurut pendapat pertama. pendapat kedua pula mnegatakan di sini nabi Musa bertemu denagn 40 orang nabi, manakala pendapat ketiga pula mengatakan di sinilah bertemunya nabi Musa dan 2 orang anak nabi Syuib. namun yang paling raajih ialah pendapat pertama

Dalam perjalanan menuju Wadi Arbaein ini, wujudnya salah satu daripada mata air yang keluar daripada batu akibat hentakan tongkat nabi Musa. lalu terpancarlah mata air sedikit demi sedikit  dari batu itu menurut firman Allah ‘fanbajasat‘ dalam surah Al A’araf ; ayat 160.

 
6 Comments

Posted by on March 2, 2010 in Uncategorized

 

6 responses to “Sinai Explorer 2010 part 1

  1. sinar

    March 2, 2010 at 23:45

    🙂 selamat juga adik ana ke sana ye
    Moga pengajaran dan pengalaman itu bekalan untuk kita bertemu-Nya…

     
    • najiyuddeen

      March 3, 2010 at 08:15

      nothing to say
      Alhamdulillah Alhamdulilah Alhamdulillah

       
  2. JHaZKiTaRo

    March 5, 2010 at 06:19

    nicely written..🙂 salam ziarah dari kota Dublin, Ireland.. blog walking mencari ilmu.. rajin2, jemput singgah blog hamba..🙂

     
    • najiyuddeen

      March 5, 2010 at 19:47

      baiklah tuan hamba
      hamba nenurut perintah

       
  3. salman_azmin

    October 24, 2010 at 18:12

    singgah laen kali, dok dang nok bace….. menarik!

     
  4. najiyuddeen

    November 18, 2010 at 09:31

    tafadhdhol

     

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: