RSS

Rindu itu

26 Feb

dalam keheningan malam itu, ditambah dinginya bayu yang bertiup. kedengaran butir bicara Abu Umar

“jika darah baginda tidak mengalir, jika najis-najis tidak terpalit di susuk tubuh indah itu, jika tiadanya tahun kesedihan, jika tiadanya seribu satu kesulitan yang dihadapi manusia mulia itu. ketahuilah Islam tidak akan sampai kepada kita. islam tidak akan sampai kepada kita, anak-anak. sedarlah hakikat ini. sedarlah. kita ajak manusia lain pada islam ada sampai menitiskan darah? ada sampai sempitnya dada, sesaknya jiwa? ” terdengar secebis esakan manusia bahkan makin bertambah.

Menghitung detik dipanggil pulang baginda masih tidak berhenti menyebut Ummati Ummati Ummati sehinggalah Allah mengatakan Aku redha dengan uummatmu. Kemudian barulah beliau merasa tenang mendengar perkhabaran bahawa uumatnya diredhai Yang Maha Pencipta. Tulusnya cinta itu. Mampukah kita mengimbal balas cinta susuk agung itu setulusnya?

Kita kalau sangat sangat cintakan seseorang, sampai termimpi-mimpi. terbayang bayang si dia yang dicintai tu. Tapi Rasulullah? Ada pernah kita mimpikan baginda? Ada terbayang bayang sepanjang masa? Allah… Tak layak lagi kita ni sampai termimpikan baginda. Tak cukup sayang, tak cukup rindu sepenuhnya lagi kita pada baginda. Ampunkan kami ya Allah, kurangnya cinta kami kepada kekasihMu. Kerdilnya cinta itu berbanding cinta suci baginda

wahai manusia-manusia yang mengatakan dia itu ummat Rasulullah

hayatilah, fahamilah khutbah yang baginda sampaikan ketika haji terakhir baginda [Hujjatul Widaa’].  nescaya kamu akan menangis andai kamu punya hati yang lembut. dan laksanakanlah pesanan terakhir manusia agung itu

Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu, dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.

Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu, segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.
Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.
Wahai manusia sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak ke atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak diberikan makan dan pakaian, dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.
Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah solat lima waktu, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadah haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal saleh.
Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.
Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Qur’an dan Sunnahku.
Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba-Mu.

note 1: “kamu tau kenapa orang ingat maulidur rasul ni? sebab kerajaan malaysia bagi cuti.” keluhan seorang ustaz. adakah kita juga seperti itu?

note 2 : bicara Abu Umar

note 3:  baca seerah baginda tak khatam lagi
buat sunnah baginda tak konsisten lagi
selawat pun bukannya selalu dilazimi

note 4: khutbah Hujjatul Wida’  itu akan lebih difahami dalam versi bahasa arab dan lebih menyentuh hati bahkan lebih puitis. sila baca versi bahasa arab. Oh, saya rindu kelas Al-Adab wan Nusuus bersama Ustazah Masyitah

 
4 Comments

Posted by on February 26, 2010 in Uncategorized

 

4 responses to “Rindu itu

  1. servent

    February 26, 2010 at 18:22

    thanks for the sharing post… nice reminder for us what is called maulidurasul…

     
    • najiyuddeen

      February 26, 2010 at 18:33

      yang baik itu daripada Allah
      Allahlah yg menyentuh hati itu
      saya cuma berkongsi secebis ilmu dariNya

       
  2. hoodsunny

    February 28, 2010 at 16:36

    Yup- setuju2. versi bahasa arabnya.. Allah, mampu menitis airmata.
    (ana x de la dgr sampai habis- sbb x paham semua =P)

    Khutbah yg ringkas , tp padat, dan mapan~!!
    sangat layak lah baginda sebagai utusan terakhir.
    dan bertepatanlah kita x akan sesat selamanya jika berpegang teguh dgn 2 perkara ini- Alqur’an dan assunnah.

    Moga sentiasa dlm pemeliharaan Allah~ syiddi hilik ^__^

     
    • najiyuddeen

      March 2, 2010 at 09:37

      =)

       

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: