RSS

“Saya Lebih Rela Mati Kelaparan daripada Melatih Pasukan Bolasepak Israel”: Jurulatih Mesir

15 Feb

Sebaik sahaja berjaya membawa Mesir memenangi Piala Afrika 2010 yang baru saja berlalu, jurulatih pasukan bolasepak Mesir, Hasan Shehata menjadi rebutan pelbagai negara untuk melatih kesebelasan pasukan bola sepak mereka. Dengan kejayaan memenangi trofi Piala Afrika 2010 tersebut, bererti Shehata telah berjaya menjadikan Mesir juara untuk ketiga kalinya secara berturut-turut.

Ternyatat, negara haram Israel juga turut serta menanam minat ke atas kehebatan Shehata untuk melatih pasukan bolasepak Israel. Namum minat Israel telah ditempelak oleh Shehata.

“Saya lebih suka mati kelaparan daripada melatih Israel,” katanya kepada akhbar harian Mesir Al-Masry al-Youm, pada hari Selasa (9/2).

shehata

“Saya boleh mengerti bahawa Israel sangat cemburu akan kejayaan pasukan Mesir. Tetapi dari perspektif saya, itu tidak mungkin untuk menginjakkan kaki saya ke Israel atau melatih pasukan mereka, walaupun jika Israel adalah satu-satunya negara di dunia ini yang ingin memberi saya peluang pekerjaan tersebut.”

Shehata berkata lagi: “Bagaimana Zionis berfikir bahawa saya akan melatih para pembunuh anak-anak dan orang tua? Bagaimana boleh saya bekerja melatih sebuah pasukan yang mewakili bangsa penjajah?”

“Dari sejak saya dilahirkan, saya telah mendengar tentang pembunuhan Israel terhadap orang-orang Arab, di kota hingga ke desa.” tambahnya.

Kenyataan berani Shehata telah menyebabkan semua media Israel melancarkan serangan terhadap dirinya, dengan makian dan kata-kata kasar kepadanya, dan juga terhadap Mesir, setelah sebelumnya media-media Israel memuji kehebatan Shehata dalam melatih pasukan bolasepak Mesir. (eramuslim/fn)

 
2 Comments

Posted by on February 15, 2010 in Uncategorized

 

2 responses to ““Saya Lebih Rela Mati Kelaparan daripada Melatih Pasukan Bolasepak Israel”: Jurulatih Mesir

  1. Islahmujahidin

    February 15, 2010 at 17:19

    MasyaAllah..

     
    • najiyuddeen

      February 16, 2010 at 00:56

      tabii manusia hakikatnya memang membenci keganasan walaupun bukan islam
      tapi ramai juga yang buta hanya kerana fulus…

      –semoga tergolong dalam golongan yang sedikit–

       

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: