RSS

Kosong…

31 Jan

Anak muda itu, sedang sibuk bersedia dengan peperiksaan akhir semester 3 itu, tapi disibukkan dengan kerja-kerja persatuan, disibukkan dengan subjek elektif.  tambahan lagi, ada tetamu dari jauh, perlu ditunaikan haknya.

Susahnya meletakkan prioriti betul-betul di tempatnya.

Salah satu daripada 7 langkah syaitan menggoda manusia = menggoda hamba Allah itu supaya melakukan perkara-perkara yang langsung tidak perlu dilakukan ketika itu tetapi mengabaikan perkara-perkara yg menjadi KEUTAMAAN. diulangi KEUTAMAAN. KEUTAMAAN = AWLAWIYYAT.

“Katakanlah ‘Ya Allah, aku berlindung kepadaMU daripada bisikan-bisikan syaitan”

“Dan, aku berlindung kepada engkau Ya Tuhanku agar mereka tidak mendekatiku” Al-Mu’minuun; 97-98

Dia perlukan pengisian rohani, jiwanya terasa kering. inbox dibuka, tiada perkhabaran baru dari seberang sana, tiada kalam bicara untuk menyegarkan jiwa… Laman itu kesepian..

Adakah dia sekadar mengharap? Apa ada pada harapan jika tiada tindakan? Apa ada pada perancangan jika tidak bekerja melakukan…

Dia tak tahu khabar berita tentang sahabat sahabat seperjuangan..

Sedang sibukkah mereka?

Sedang ber’amal islami kah mereka?

Bersama pemuda-pemuda harapan islam barangkali.

Sedang sibuk menyiapkan kertas kerja untuk program siraman rohani barangkali.

Sedang ‘mengisi hati’ boleh jadi.

Sedang busy ‘study’ mungkin.

Sedang bersama keluarga tersayang barangkali.

Berbagai tanggapan dilakukan. tetapi tanggapan itu cuba dilihat dari aspek positif

“Sesungguhnya sebahagian prasangka buruk itu adalah dosa” Al-Hujuraat; 12

Walau apapun yg dilakukan, harapnya tidaklah membiarkan ‘kerja-kerja’ itu menjadi debu-debu berterbangan.

p/s – prioritize the priority

 
Leave a comment

Posted by on January 31, 2010 in Cerita Hati

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: