RSS

Siapa kita??

08 Jan

Pertama kali saya menonton video ini sewaktu slot motivasi oleh Cikgu Mahmud Jaaffar. Sangat sangat sangat mengagumkan. Bila saya tengok video ni, saya rasa besarnya Allah. Hebatnya Dia. Hidup kita ni hanya ibarat seekor semut di kaki sebuah bukit bahkan lebih kecil dari itu kan?  Sewaktu saya pernah tinggal di rumah yang berada di tingkat 8, saya melihat jalan raya berhadapan dengan bangunan yang saya duduki. Banyaknya kereta-kereta memotong kereta-kereta yang lain. Manusia-manusia berjalan laju menuju haluan masing-masing. Semuanya mengejar tujuannya sendiri.

Teringat saya sewaktu seorang ibu berkongsi kepada anak-anaknya tentang kata-kata Syed Qutb  mengenai manusia-manusia hari ini.

“Mereka itu ibarat anak-anak kecil yang berebut-rebut menginginkan mainan masing-masing”

Imbas kembali apa yang kita  buat selama ni. Apa yang kita terkejar-kejar selama ni. Apa yang kita sibuk-sibuk sangat dengan dunia kita ini? Ya, memang kita ini seorang pelajar. Kita mengejar cita-cita kita. Tak kira apa idaman kita, apa cita-cita kita, nak jadi seorang doktor, guru, radiologist, ulama’, guru hatta pendakwah sekalipun, hidup kita takkan pernah lari dari tertanya-tanya tentang 3 persoalan utama :-

1) Dari mana kita datang sebenarnya?

“Wahai sekalian manusia, jika kamu masih ragu-ragu terhadap hari kiamat, sesungguhnya kami (allah swt) telah jadikan kamu dari tanah, kemudian daripada air mani, dari air mani menjadi darah sampai ia menjadi sepotong daging yang telah sempurna kejadiannya dan yang belum sempurna kejadiannya, supaya kami beri keterangan kepada kamu dan kami tetapkan di dalam kandungan (rahim) ibu mengikut kehendak kamu dari kandungan ibumu menjadi kanak-kanak sampai kamu menjadi orang dewasa. Di antara kamu ada yang dimatikan dan ada yang dipanjangkan hidupnya sampai terlalu tua hingga tidak mengetahui apa-apa sedangkan sebelumnya kamu mengetahui” Al-hajj : 5

2) Kenapa kita wujud di dunia ini?

“Tidak aku jadikan jin dan manusia, melainkan untuk beribadah (mengabdikan) diri kepadaku”   Adz-dzaariyaat : 56

Ruang lingkup ibadah adalah luas dan sempurna tidak terhad denagn fardhu solat, puasa, zakat dan haji sahaja.

Untuk menepati kehendak ibadah, maka setiap perbuatan manusia mestilah dilakukan semata-mata keran Allah swt dan mengikut syariat islam. Maka segala perbuatan yang diharuskan syariat seperti makan, minum, beajar, bersukan, bekerja, berkahwin dan mendidik anak adalah ibadah apabila dilakukan semata-mata kerana Allah swt

Apabila kita memahami konsep ibadah yang luas, maka semua tempat seperti rumah, sekolah, kilang, pejabat, sawah ladang, padang permainan, gedung perniagaan dan sebagainya adalah tempat untuk beribadah kepada Allah swt. bahkan seluruh bumi allah ini merupakan ‘masjid‘ tempat menunaikan ibadah kepadaNya.

Ibadah meliputi apa sahaja yang diredhai oleh allah swt sama ada tutur kata, perbuatan dan tingkah laku

Prof.  Dr. Yusuf Al-Qardhawi menyatakan di dalam bukunya Al-‘ibadah fil-islam

“Sesungguhnya beribadah kepada Allah tidaklah terhad kepada mengerjakan solat, puasa, zakat dan haji dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya seperti tilawah al-quran, zikir, berdoa, beristighfar dan sebagainya sebagaimana fahaman sesetengah golongan islam (yang mengakui islam). Ramai yang telah menyangka bahawa apabila mereka menunaikan fardhu-fardhu dan syiar-syiar tersebut bererti mereka telah menyempurnakan haq allah terhdap mereka sepenuhnya. Mereka menyangka sudah selesai menunaikan kewajipan ‘ubudiyah terhadap Allah. Padahal tanggapan tersebut adalah meleset daripada hakikat yang sebenar “

Beliau menjelaskan lagi :

“Tidaklah dikira ibadah kepada Allah swt jika seseorang itu berfahaman -aku solat, aku berpuasa, aku berzakat dan aku menunaikan haji tetapi aku bebas memakan daging babi, minum arak, makan riba’, berjudi dan menolak hukum-hukum syariat Allah yang tidak berseuaian dengan pandanganku.”

Juga tidak dikira ibadah kepada Allah swt bagi orang yang menganggap ibadahnya hanya ketika berada di kawasan masjid, tetapi apabila ia keluar dari masjid dan dia menceburkan diri dalam bidang-bidang kehidupan lain, dia menjadi hamba kepada kehendak dirinya sendiri, bebas mengikut hawa nafsunya dan tidak menghiraukan hukum-hukum Allah swt.

Oleh kerana itu, maka setiap orang yang terkeliru mestilah membetulkan kefahamannya dan kembali mengenali islam dan ibadah kepada Allah swt. semoga seluruh kehidupannya berada dalam keredhaan Allah swt.

Cukuplah bagi seorang muslim itu berfikir bahawa dia adalah khalifah Allah swt di muka bumi ini untuk menjalankan tugas dan arahan Allah swt semata-mata. Memadai dengan berbuat demikian untuk mencorakkan segala jenis amalannya dengan corak islam hinggalah segala perkataan, perbuatan dan diamnya itu menjadi ibadah kepada Allah swt.

3) Ke mana kita akhirnya?

“Sesungguhnya kepada rabb (Allah) kesudahan kamu (tempat kembali). Dialah yang membuatkan kamu tertawa dan dia juga yang membuatkan kamu menangis. Dialah yang mematikan kamu dan menghidupkan kamu kembali” annajm : 42-44

p/s – kita hanyalah seorang abdi…

p/s – do your work as a slave…

 
Leave a comment

Posted by on January 8, 2010 in Erti Kehidupan

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: