RSS

Exam… ooo Exam…

16 Dec
Usai menjawab soalan exam Community Medicine daku mengimbas kembali persediaanku sebenarnya menjawab kertas soalan itu. Lama kumemikirkan, adakah betul-betul bersedia untuk exam ni? Tiba-tiba fikiranku tertumpu akan kematian. Adakah benar-benar cukup persediaanku untuk menghadapi peperiksaan sewaktu itu, sewaktu nyawa dicabut? Adakah betul-betul cukup persediaan untuk 100% sama dengan persediaan kita untuk peperiksaan menjelang hembusan nafas terakhir?
Adakah pernah kita memandang dunia ini dari pandangan akhirat?
“Nanti bila dah jadi doktor, pasti banyak kematian yang akan kita hadapi. Tapi jangan sekali-kali kita sudah berasa lali dengan kematian itu.. Jangan kita biarkan hati kita merasa tak ada apa-apa dengan perkataan KEMATIAN. Ambillahiktibar dari setiap kematian itu, walau apapun sebabnya” pesan seorang kakak..
Sememangnya apabila bergelar seorang pengamal perubatan semestinya akan berdepan dengan kematian yang tak bisa dihitung..
“Tapikan kak, ada kawan tu kan dia tak solat pun tapi study excellent je. Bila saya nasihat dia, dia cakap buat apa solat? Aku dah excellent…” sempitnya pemahaman manusia tentang hakikat ubudiyah kepada Allah. jangan ingat bila Allah bagi kesenangan kemudahan padanya di dunia, sebenarnya Allah sedang membantu dia. Tak…. boleh jadi Allah nak beri istidraj kepadanya kan? Siapa tahu? Benda-benda ghaib ni Allah sahaja yang tahu. Moga-moga kita tak termasuk dalam golongan tu, insyaAllah. “
“kita selalu doa nak dapat cemerlang, dah usaha banyak dah tapi Allah tak bagi  cemerlang pun. Orang yang tak kuat study pulak yang dapat mumtaz? Kenapa kak?”
“dalam hakikat ni, Allah beri apa yang terbaik bagi kamu sebenarnya. Boleh jadi bila kamu cemerlang, kamu lupa Allah. Lupa ibu ayah. Dan alhamdulillah, bila kamu kurang berjaya kamu tak pernah lupa Allah. sentiasa mengadu padaNya. Kamu akan berusaha bersungguh-sungguh nak balas jasa ibu bapa kamu, nak bayar balik duit rakyat tu… Itu sebenarnya tanda kita ni kerdil… Sehebat manapun kita pada pandangan mata kita, dalam fikiran kita, kita takkan mampu sehebat Dia. Tunduklah padaNya, selalulah berharap dam tanpa henti memohon kepadaNya. Siapalah kita di hadapan kebesaranNya?”
Sedarlah diri, sabarlah hati…

‘Katakanlah, “Dialah yang mencitakan kamu dan menjadikan pendengaran, penglihatan dan HATI bagi kamu.. akan tetapi sedikit sekali kamu bersyukur” ‘    Al Mulk : 23
Ya Allah, kekalkanlah aku dalam kesusahan itu, andai dengan kesusahan itu aku akan tetap mengingatiMu..kekalkanlah aku dalam menginagtiMu..aku akan sentiasa meminta kepadaMu… jangan Kau biarkan kami dalam kesenangan, dalam kelalaian yang menyebabkan kami melupakanMu.. jangan sekali-kali Ya Allah…
-Kepada yang exam, usaha jangan tak usaha.. mulakan dengan bismillah
 
2 Comments

Posted by on December 16, 2009 in Cerita Hati, Erti Kehidupan

 

2 responses to “Exam… ooo Exam…

  1. sinar

    January 1, 2010 at 17:35

    Allah tak beri semua yang kita mahu kerana Allah tahu apa yang terbaik utk hamba-Nya…
    Moga redha Allah bersama kita…

     
    • najiyuddeen

      January 15, 2010 at 19:48

      Allahhumma ameen…

       

Leave a reply to sinar Cancel reply